Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Perez catat kemenangan sulung dari corot dalam GP Sakhir

Sukan
30
0

FORMULA SATU

Perez catat kemenangan sulung dari corot dalam GP Sakhir

Dec 08, 2020 | 05:30 AM

MANAMA: Pemandu Mexico Sergio Perez, dalam perlumbaan kedua yang terakhirnya buat Racing Point dan tanpa pasukan musim depan, merangkul kemenangan sulung dalam kerjaya Formula Satu beliau semasa perlumbaan Grand Prix Sakhir yang luar biasa di Bahrain kelmarin.

Pemandu Perancis Esteban Ocon, yang dilihat menitiskan air mata, meraih tempat kedua untuk Renault, menaiki podium buat pertama kalinya, disusuli rakan sepasukan Racing Point dari Canada Lance Stroll di tempat ketiga.

Sementara itu, perlumbaan juara Mercedes berderai akibat kesilapan semasa melakukan perhentian pit dan nasib buruk.

"Saya harap saya tidak bermimpi sebab saya telah impikan detik ini selama 10 tahun," kata Perez, yang menutup mata dan mendongak ke langit ketika berdiri di podium semasa lagu kebangsaan Mexico dilaungkan.

"Selepas pusingan pertama, perlumbaan sudah habis. Tetapi ia semua tentang tidak menyerah kalah, pulihkan semula (keadaan). Musim ini, nasib tidak menyebelahi kami tetapi saya rasa hari ini kami menang berdasarkan merit."

Perez berputar di pusingan pembukaan setelah satu pertembungan yang menyebabkan Max Verstappen dari Red Bull dan Charles Leclerc daripada Ferrari disingkirkan daripada perlawanan.

Namun, pemandu Mexico itu membuat bangkit untuk merakam perlumbaan luar biasa daripada tempat ke-18 untuk digelar juara perlumbaan.

George Russell, yang menggantikan Lewis Hamilton untuk Mercedes setelah juara dunia tujuh kali itu diuji positif bagi Covid- 19, boleh menang tetapi masalah tayar pada saat akhir menghancur harapannya ketika beliau merapatkan jarak dengan Perez.

Pemandu Britain itu mendahului sebahagian besar perlumbaan tetapi menamatkan perlumbaan di tempat kesembilan.

Satu-satunya saguhati untuk pemandu tetap Williams itu adalah beliau memungut mata buat kali pertama dalam kerjayanya.

"Saya benar-benar kecewa," katanya. - Reuters

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3