Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PERISAI MASYARAKAT AIA 2022

Sailors, Albirex teruskan saingan dengan skuad lebih kuat

Feb 19, 2022 | 05:30 AM



PERSAINGAN antara Lion City Sailors dan Albirex Niigata dihidupkan semula dalam perlawanan Perisai Masyarakat AIA hari ini, yang membuka tirai Liga Perdana Singapura (SPL) 2022.



Dua pasukan itu bertarung hebat bagi merebut takhta liga musim lalu, dengan Sailors merampas trofi daripada Albirex pada hari terakhir musim.



Albirex mendahului liga sepanjang 19 perlawanan pertama musim lalu, tetapi terpaksa menggigit jari dan melihat Sailors menjulang trofi buat julung-julung kali.



Juara 2020 itu terpaksa berpuas hati sebagai naib juara setelah mengakhiri musim lalu dua mata di belakang Sailors.



Petang ini Albirex berpeluang menebus kekalahan itu di Stadium Jalan Besar dengan jurulatih dan beberapa pemain baru. Warga Jepun Kazuaki Yoshinaga dilantik sebagai ketua jurulatih White Swans Oktober lalu, menggantikan Keiji Shigetomi.



Yoshinaga, 53 tahun, tidak asing dengan persaingan liga Singapura kerana pernah mengendalikan kelab pada musim 2017 dan 2018.



Bahkan, sepanjang dua musim itu beliau membawa pelbagai kejayaan kepada Albirex, termasuk dua kejuaraan liga, dua Perisai Masyarakat dan dua Piala Singapura.



Beliau juga diiktiraf sebagai jurulatih yang membimbing kelab itu menjadi pasukan pertama dalam sejarah SPL mengharungi musim tanpa kalah pada 2018, sekali gus bergelar juara.



Ditanya Berita Harian mengenai perasaannya kembali bersaing dalam SPL, Yoshinaga berkata: "Saya mengambil tugas ketua jurulatih ini dengan motivasi tinggi. Saya ingin melupakan apa berlaku pada masa lalu dan akan mencipta sejarah baru untuk kelab."



Yoshinaga dijangka bergantung pada pengalaman rekrut barunya, Tanadari Lee - yang menjaring gol kemenangan Jepun dalam final Piala Asia AFC 2011 - dan dua pemain midfield muda Masahiro Sugita dan Kan Kobayashi - bekas pemain antarabangsa bawah 18 tahun Jepun - untuk mencapai matlamatnya itu.



Albirex mengekalkan sembilan pemain musim ini, termasuk Takahiro Koga, penjaga gawang terbaik SPL musim lalu.



"Memang baik kalau kami memulakan musim dengan memenangi trofi pertama 2022," kata Yoshinaga.



"Tetapi apa pun, kami menghargai peluang menentang juara musim lalu dalam perlawanan pertama musim 2022. Ia peluang baik untuk melihat tahap permainan kami. Saya fikir perlawanan ini akan menjadi pengajaran baik untuk kami tidak kira apa keputusannya," tambahnya.



Namun, anak buah Yoshinaga akan diduga pasukan Sailors yang diperkukuh dengan nama-nama besar.



Sailors, satu-satunya kelab bola sepak privet Singapura, berbelanja besar musim ini, mentelah ia akan buat kali pertama bermain dalam Liga Juara-Juara AFC (ACL) April ini.



Kim Shin-wook, yang memenangi ACL dua kali dan menjaringkan lebih 100 gol dalam Liga K, iaitu liga terunggul Korea Selatan, menjadi rekrut terbesar Sailors musim ini, di samping pemain pertahanan asal Brazil Pedri Henrique dan bekas pemain antarabangsa belia Belgium, Maxime Lestinne.



Pemain nasional Singapura Izwan Mahbud dan M Anumanthan juga dibawa masuk ke dalam skuad Sailors. Ia pasukan pilihan untuk menjulang Perisai Masyarakat, tetapi ketua jurulatih Kim Do-hoon berwaspada akan cabaran lawannya.



"Albirex membawa masuk pemain menarik dan berbakat setiap musim, dan saya tidak menafikan pasukan itu akan mendahagakan kemenangan dan adalah sebuah lawan sukar. Bagaimanapun, kami akan fokus pada persembahan kami," ujar warga Korea Selatan itu.



"Saya dapat menjangka setiap perlawanan yang kami main akan menjadi mencabar... Setiap lawan akan melakukan yang terbaik untuk menewaskan kami, dan kami akan melakukan yang sama (untuk mengalahkan mereka," tambahnya.




"Saya mengambil tugas ketua jurulatih ini dengan motivasi tinggi. Saya ingin melupakan apa berlaku pada masa lalu dan akan mencipta sejarah baru untuk kelab."
- Kazuaki Yoshinaga, ketua jurulatih Albirex Niigata.




Setiap lawan akan melakukan yang terbaik untuk menewaskan kami, dan kami akan melakukan yang sama (untuk mengalahkan mereka."
- Kim Do-hoon, ketua jurulatih Lion City Sailors.




PERISAI MASYARAKAT AIA 2022



Lion City Sailors lwn Albirex Niigata

Hari ini, 5.30 petang

Stadium Jalan Besar



*Perlawanan disiar secara langsung di saluran Singtel TV dan Starhub TV serta dalam talian menerusi laman Facebook dan saluran YouTube SPL.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >