Pep Guardiola: Kemenangan atas Liverpool "satu persiapan sangat baik"
Premium
Pep Guardiola: Kemenangan atas Liverpool "satu persiapan sangat baik"
Aug 6, 2019 | 5:30 AM
PERTAHANKAN MAHKOTA: Pengurus City, Guardiola (tengah) memegang trofi Perisai Masyarakat selepas berjaya menundukkan seteru utama mereka di dalam liga, Liverpool 5-4 menerusi tendangan penalti penentuan. - Foto AFP -
LONDON: Pep Guardiola percaya kejayaan Manchester City mempertahankan Perisai Masyarakat dengan menewaskan Liverpool merupakan satu persiapan yang sangat baik menjelang saingan sengit antara dua kelab itu di Liga Perdana England (EPL) musim ini.
Pasukan bimbingan Guardiola cipta kemenangan pertama jelang kempen baru yang bermula minggu ini apabila mengatasi lawan 5-4 menerusi tendangan penalti penentuan selepas seri 1-1 pada aksi pembuka tirai tahunan liga utama England itu.

