Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Perlawanan bola sepak Geylang International, Balestier Khalsa ditangguh selepas pemain diuji positif Covid-19

Sep 14, 2021 | 7:47 PM
Kelab Bola Sepak Geylang International.
Kelab Bola Sepak Geylang International. -

PERLAWANAN bola sepak bagi Liga Perdana Singapura (SPL) antara Geylang International dengan Balestier Khalsa akan ditangguh setelah seorang pemain diuji positif Covid-19.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan kelab bola sepak Geylang International pada Selasa (14 Sept), seorang pemainnya didapati dijangkiti Covid-19 setelah menjalani ujian reaksi rantai polimerase (PCR).

Pemain tersebut sudah pun berada di salah sebuah kemudahan kuarantin.

"Ujian positif itu dikesan semasa ujian swab mingguan wajib yang harus dilalui oleh semua pemain dan pegawai SPL," menurut kenyataan itu. Geylang International menambah bahawa seluruh skuad tersebut sudah pun mengasingkan diri dan semua sesi latihan digantung.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg