SPH Logo mobile
Langgan|

Perlawanan EPL minggu ini ditangguh sebagai tanda hormat

Perlawanan EPL minggu ini ditangguh sebagai tanda hormat

Sep 10, 2022 | 5:30 AM

Perlawanan EPL minggu ini ditangguh sebagai tanda hormat

ERLING HAALAND, 22 tahun Penyerang, Manchester City
ERLING HAALAND, 22 tahun Penyerang, Manchester City -

PERLAWANAN Liga Perdana England (EPL) pada hujung minggu ini telah ditangguh berikutan kemangkatan Ratu Elizabeth II.

Sepuluh perlawanan EPL yang dijadual pada hari ini, esok dan Isnin akan dianjak ke tarikh yang bakal diumumkan.

Perlawanan Liga Bola Sepak England (EFL) yang merangkumi tiga divisyen di bawah EPL juga ditangguh.

Ini dilakukan walaupun kededua EPL dan EFL tidak diminta berbuat demikian oleh pihak berkuasa.

Jabatan Digital, Kebudayaan, Media dan Sukan Britain berkata tiada tuntutan untuk membatalkan sebarang pertandingan atau menangguh acara sukan semasa tempoh berkabung.

Namun, dalam kenyataan bersama, EPL dan EFL berkata kededua entiti itu memutuskan untuk menangguh perlawanan hujung minggu ini sebagai tanda hormat kepada Ratu Elizabeth II dan sumbangannya kepada negara.

Britain telah mengumumkan tempoh berkabung selama 10 hari. - Agensi berita.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg