Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PERLAWANAN HUJUNG MINGGU INI

Peluang Albirex luaskan jurang di puncak liga

Nov 24, 2020 | 05:30 AM



BERBEKAL kemenangan memberangsangkan minggu lalu dan sebelum itu, Albirex Niigata (S) melangkah ke perlawanan menentang Young Lions esok dengan peluang memperluas jurangnya dengan pesaing lain di puncak liga.



Dengan musim berbaiki empat perlawanan, Albirex kini mendahului Tampines Rovers dengan empat mata, sementara Sailors ketinggalan enam di tangga ketiga.



Berpentas padang sopek yang dibantai hujan di Stadium Bishan, Albirex tidak mengaku kalah dan menewaskan Sailors 3-2 minggu lalu untuk membolot tiga mata, sekali gus memporak-perandakan peluang Sailors bersaing bagi kejuaraan.



Tomoyuki Doi memberi Albirex gol pertamanya melalui rembatan kencang dalam kotak penalti yang meluru ke penjuru kiri gawang Hassan Sunny pada minit ke-12.



Sailors mendapatkan gol penyamaan selang lapan minit, apabila pengadil mendapati Shahril Ishak dikasari dalam petak penalti dan Song Ui Yong menyempurnakan tendangan penalti.



Albirex kembali mendahului perlawanan pada minit ke-34, selepas Tajeli Selamat menghadiahkan bola kepada Doi dan Ryosuke Nagasawa, yang membalas hantaran sebelum mengumpan bola kepada Fairoz Hassan yang menjaringkan gol pertamanya dalam jersi Albirex musim ini.



Namun Tajeli menebus kesilapannya dengan menanduk masuk bola dari tendangan sudut sejurus sebelum rehat, membuka laluan bagi babak kedua yang rancak.



Kebuntuan dipecah pada minit ke-77, apabila sayap kanan Kazuki Hashioka memperdaya Naqiuddin Eunos dan memberi hantaran deras ke kotak penalti yang disambar pemain gantian Yasuhiro Hanada untuk menjaringkan gol kemenangan Albirex.



Selepas perlawanan, jurulatih Yuki Fujimoto berkata pemainnya kecewa melepaskan dua gol lalu bangkit pada babak kedua.



"Beberapa pemain kami kecewa... mereka pemain muda, tetapi kami berjaya beraksi lebih baik dan saya senang hati mendapat kemenangan ini," kata Fujimoto.



Kemenangan itu memberi keyakinan Albirex boleh mengutip tiga lagi mata daripada Young Lions esok. Namun Albirex perlu berjaga-jaga.



Young Lions, berbekal kemenangan mengalahkan Balestier, boleh bertindak sebagai wild card yang boleh memporak-perandakan musim.



Pesaing utama Sailors di puncak liga Tampines menggigit jari selepas diikat 2-2 minggu lalu oleh pasukan di tangga corot, Tanjong Pagar, yang masih memburu kemenangan pertama musim ini.



Kededua golnya dijaringkan Boris Kopitovic, tetapi buat kali kedua, ia gagal mempertahan kelebihan gol itu.



Pemain kreatif Jordan Webb pula dibuang padang pada minit ke-36, memberi kelebihan kepada Tanjong Pagar.



Benteng Tampines runtuh pada minit ke-60 apabila Luiz Junior menjaringkan gol penyamaan. Pada minit ke-80, Junior sekali lagi menjaringkan gol penyamaan selepas Kopitovic menjaringkan gol kedua bagi Tampines.



Keputusan itu bermakna Tampines tidak mampu mencicir mata apabila bertemu Hougang malam esok.



Dua lagi perlawanan berlangsung malam esok. Balestier Khalsa, yang tewas kepada Young Lions minggu lalu, bertemu Tanjong Pagar dengan kededua pasukan terdesak meraih kemenangan, sementara Sailors bertemu Geylang International dalam perlawanan yang ia tidak mampu kalah jika masih mendamba mahkota SPL.



Jurulatih Sailors Aurelioa Vidmar akur pasukannya berdepan cabaran hebat untuk berbuat demikian.



"Memang amat sukar (bersaing bagi kejuaraan)... saya tidak menjangka mereka (Albirex) akan tewas banyak perlawanan," ujar beliau.




LIGA PERDANA SINGAPURA (SPL)



- Esok, 7.35 malam



Balestier Khalsa lwn Tanjong Pagar United

Singtel TV Ch 111



Albirex Niigata (S) lwn Young Lions

StarHub TV Ch 201



Hougang United lwn Tampines Rovers

Singtel TV Ch 113

StarHub TV Ch 202



Geylang International lwn Lion City Sailors

Singtel TV Ch 112

StarHub Tv Ch 204



- Sabtu, 5.20 petang



Balestier Khalsa lwn Geylang International

Singtel TV Ch 112

StarHub Tv Ch 202



Hougang United lwn Tanjong Pagar United

Singtel TV Ch 113

StarHub TV Ch 201



- Ahad, 5.20 petang



Young Lions lwn Lion City Sailors

Singtel TV Ch 112

StarHub TV Ch 201



Albirex Niigata (S) lwn Tampines Rovers

Singtel TV Ch 113

StarHub TV Ch 202



Semua perlawanan juga disiarkan secara langsung di Facebook dan YouTube Liga Perdana Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >