Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Perlawanan PSG, Basaksehir digantung dek dakwaan perkauman

Dec 10, 2020 | 05:30 AM



PARIS: Perlawanan penentu Liga Juara-Juara antara Paris Saint-Germain (PSG) dan Istanbul Basaksehir kelmarin digantung pada separuh pertama, apabila pemain keluar padang dek dakwaan perkauman oleh seorang pegawai perlawanan, dalam satu insiden yang tidak pernah berlaku dalam pertandingan kelab elit bola sepak Eropah.



Perbalahan tercetus selepas penolong jurulatih Basaksehir Pierre Webo, seorang bekas pemain nasional Cameroon, dilayangkan kad merah semasa satu pertengkaran hangat di tepi padang, dengan kakitangan kelab Turkey itu nampaknya menuduh pegawai keempat berkenaan menggunakan satu istilah perkauman.



Mikrofon televisyen merakam Webo yang berang berulang kali bertanya mengapa istilah perkauman digunakan untuk menggambarkannya.



Perlawanan di Parc des Princes itu dihentikan pada minit ke-14 ketika kedudukan seri tanpa gol, dengan pemain keluar padang sekitar 10 minit kemudian.



Penyerang Basaksehir dari Senegal, Demba Ba, antara pemain gantian pasukan pelawat itu, dapat didengar di televisyen menghentam pegawai tersebut, dengan berkata: "Apabila anda sebut lelaki kulit putih, anda tidak pernah katakan 'lelaki kulit putih ini', anda hanya katakan 'lelaki ini', jadi mengapa apabila anda sebut lelaki kulit hitam anda katakan 'lelaki kulit hitam ini?"



Perlawanan itu, yang berlangsung pada 9 malam waktu tempatan, belum dimulakan semula 90 minit selepas ia dihentikan, walaupun beberapa pemain PSG kembali sebentar ke terowong untuk memanaskan badan.



Insiden itu menimbulkan reaksi daripada Presiden Turkey, Recep Tayyip Erdogan, yang difahamkan dikaitkan rapat dengan pemilik kelab itu.



Dalam posnya di Twitter, Encik Erdogan berkata: "Saya sangat mengutuk kenyataan perkauman yang dibuat terhadap Pierre Webo, anggota kakitangan teknikal Basaksehir, dan saya yakin Uefa akan mengambil langkah-langkah sewajarnya."



Sementara itu, presiden juara Turkey itu berkata pasukannya tidak akan memulakan semula perlawanan selagi pegawai keempat berkenaan masih terlibat.



"Pegawai keempat itu menggunakan perkataan 'negro' di depan semua orang. Sekiranya pegawai keempat dikeluarkan padang, maka kami akan sambung semula," kata Goksel Gumusdag kepada saluran televisyen Turkey TRT Spor.



"Sekiranya pegawai keempat tetap berada di padang, maka Basaksehir tidak akan kembali."



Basaksehir respon terhadap insiden itu dengan menulis di Twitter "TOLAK PERKAUMAN #Hormat" bersama foto logo antiperkauman Uefa.



Pos itu dikongsi semula oleh PSG.



Pengadil, Ovidiu Hategan, dua pembantunya dan pegawai keempat semuanya dari Romania. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >