Perlu fikir, perlu 'tajam' jika ingin menang 'bola sepak pool'
Premium
Perlu fikir, perlu 'tajam' jika ingin menang 'bola sepak pool'
Jun 4, 2017 | 5:30 AM
CARI RUANG 'JARINGKAN' BOLA: Pasangan ini beraksi di dalam gelanggang 'bola sepak-pool' dalam satu perlawanan liga yang diadakan di Republik Czech baru-baru ini. - Foto AFP -
PRAGUE (Republik Czech): Gadis berambut gelap dengan longlai menendang bola yang berwarna putih itu ke arah bola hitam 'kelapan' sebelum melahirkan kekecewaannya apabila bola gagal memasuki lubang sudut 'gelanggang'.
Ia turut meragut kemenangan gadis itu - Katerina Ziegelova, 26 tahun, yang bekerja sebagai seorang kerani tetapi antara perintis permainan terbaru yang dipanggil 'bola sepak-pool', satu sukan hibrid baru yang merupakan gabungan bola sepak dengan permainan pool.

