Topic followed successfully
Go to BHkuPerlu masa untuk ubah nasib Chelsea: Lampard
Perlu masa untuk ubah nasib Chelsea: Lampard
Perlu masa untuk ubah nasib Chelsea: Lampard
LONDON: Pengurus baru Chelsea, Frank Lampard, berkata beliau tidak mengharapkan untuk mampu menyelesaikan masalah pasukan pimpinannya itu dalam tempoh sehari selepas Chelsea yang juga dikenali sebagai The Blues tewas 1-0 di tangan Wolves.
Lampard kembali membimbing Chelsea selepas Graham Potter dipecat minggu lalu tetapi harapan untuk melihat perubahan drastik tidak kesampaian apabila tewas di Molineux.
"Saya rasa ia tugas berat untuk menguruskan Chelsea. Kami sedar kami tidak berada di kedudukan yang sepatutnya. Saya tahu situasi itu dan tidak menjangkakan untuk menyelesaikannya dalam tempoh sehari.
"Ia adalah persembahan di mana, jika anda teliti, saya rasa anda perlu lebih agresif dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris. Mereka (Wolves) adalah pasukan yang berjuang untuk kekal dalam Liga Perdana Inggeris," kata Lampard.
Chelsea berada dalam kelompok bawah liga selepas deretan keputusan buruk dan Lampard ditanya berkenaan masalah sebenar pasukan.
"Ia perkara yang menarik untuk dilihat. Saya di sini untuk membantu soal itu. Saya gembira dapat kembali. Cuma saya kecewa tidak dapat berikan peminat kemenangan kali ini.
"Tetapi kami akan beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah pada Rabu ini, kami tidak sabar untuk menghadapinya," katanya.
Chelsea akan bertandang ke Real Madrid untuk aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah pada Rabu ini (awal pagi Khamis). - Agensi berita.

