Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Perlumbaan F1 di S'pura dakap kemampanan

Tenaga bersih, boleh diperbaharui banyak digunakan bagi kurangi jejak karbon perlumbaan
Sep 28, 2022 | 05:30 AM



FORMULA SATU (F1) GRAND PRIX SINGAPURA SINGAPORE AIRLINES



APABILA Grand Prix (GP) Singapura Singapore Airlines Formula Satu (F1) kembali ke litar Marina Bay lusa hingga Ahad, Bangunan Pit - di mana kereta lumba menokok bahan api dan tukar tayar semasa perlumbaan - akan dikuasakan sepenuhnya oleh sumber tenaga neutral karbon.



Selain bangunan itu, tempat duduk astaka besar, kebanyakan bilik suite hospitaliti, serta kawasan makanan dan minuman (F&B) dan aktiviti dalam Zon 1 di litar itu akan dikuasakan oleh tenaga bersih melalui pembelian sijil tenaga boleh diperbaharui.



Sijil daripada syarikat tenaga SP Group itu, mewakili unit elektrik yang dijana oleh kemudahan penjanaan tenaga boleh diperbaharui.



Ini hanya satu daripada siri inisiatif yang diperkenal tahun ini untuk mengurangkan jejak karbon perlumbaan itu.



Pada bahagian lain litar itu di Zon 4, yang terletak di Padang, 48 peratus daripada sektor itu akan dikuasakan oleh generator menggunakan biodiesel B7 yang disediakan oleh pengedar bahan api tempatan PS Energy Group.



Biodiesel B7 ialah campuran diesel biasa dan hingga 7 peratus diesel berasaskan bio, yang diperbuat daripada sumber tumbuhan atau haiwan.



Selain itu, GP Singapura akan bekerjasama dengan Alpha Biofuels untuk menguji penggunaan generator yang dikuasakan oleh biodiesel B100, yang merangkumi bahan api berasaskan bio.



Alpha Biofuels, yang berpangkalan di Singapura, akan juga mengumpul minyak masak terpakai daripada pengendali F&B sekitar litar itu untuk dikitar semula menjadi biodiesel, iaitu amalan yang wujud sejak 2009.



Pada edisi perlumbaan sebelum ini pada 2019, kira-kira 2,400 kilogram minyak masak terpakai ditukar menjadi 2,000 kilogram biodiesel dalam loji Singapura Alpha Biofuels, iaitu bersamaan dengan kira-kira 5.5 tan pengurangan karbon dioksida.



Dalam satu program rintis antara GP Singapura dan syarikat tempatan Tria, barang makanan dan sisa makanan dibuang dari kawasan VIP Bangunan Pit (yang dikenali sebagai Kelab Padok), padok dan majoriti kemudahan hospitaliti akan dikumpul dan dihantar ke 'hypercomposter' luar tapak Tria untuk ditukar menjadi baja sedia digunakan di ladang.



Pengarah pemasaran, privasi dan kemampanan GP Singapura, Sasha Rafi, berkata panel solar akan dipasang di bumbung Bangunan Pit menjelang Julai 2023, dan semua lampu di trek dalam edisi perlumbaan tahun depan akan digantikan dengan lampu LED lebih cekap tenaga.



Ketua kemampanan Formula 1, Ellen Jones, berkata: "Menakjubkan melihat betapa Grand Prix Singapura mendakap kemampanan, dan ia jenis inisiatif yang kami betul-betul cari daripada penganjur kami dalam Formula 1.



"Daripada memperluas penggunaan sumber tenaga boleh diperbaharui kepada menukar sisa makanan menjadi kompos, GP Singapura sedang berada di landasan untuk menyampaikan acara lebih mampan dan membantu sukan mencapai matlamatnya menjadi sifar bersih menjelang 2030."



Jones menambah bahawa pada awal tahun ini, Formula 1 mengeluarkan panduan kepada semua penganjur perlumbaannya untuk berkongsi amalan terbaik dalam mengendalikan perlumbaan masing-masing secara mampan.




"Menakjubkan melihat betapa Grand Prix Singapura mendakap kemampanan, dan ia jenis inisiatif yang kami betul-betul cari daripada penganjur kami dalam Formula 1. Daripada memperluas penggunaan sumber tenaga boleh diperbaharui kepada menukar sisa makanan menjadi kompos, GP Singapura sedang berada di landasan untuk menyampaikan acara lebih mampan dan membantu sukan mencapai matlamatnya menjadi sifar bersih menjelang 2030."
- Ellen Jones, Ketua kemampanan Formula 1.




File

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >