Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Permintaan tinggi dorong jualan awal tiket harga biasa F1 2024

Oct 30, 2023 | 4:47 PM
DAPAT SAMBUTAN: Grand Prix Formula Satu (F1) Singapore Airlines Singapura 2024 dapat sambutan menggalakkan dengan tiket awal sudah habis dijual.
DAPAT SAMBUTAN: Grand Prix Formula Satu (F1) Singapore Airlines Singapura 2024 dapat sambutan menggalakkan dengan tiket awal sudah habis dijual. - Foto REUTERS

Tiket awal Grand Prix Formula Satu (F1) Singapore Airlines Singapura 2024 telah habis dijual sebulan sebelum berakhirnya fasa promosi yang dijangkakan.

Justeru syarikat yang mempromosi perlumbaan itu, Singapore GP Pte Ltd, akan mula menjual tiket harga biasa lebih awal dari yang dijadualkan kepada 1 November 2023 pada 10 pagi, waktu Singapura, untuk memenuhi permintaan yang melonjak.

Menyatakan demikian dalam satu kenyataan pada Isnin, Singapore GP berkata Grand Prix Formula Satu (F1) Singapore Airlines Singapura 2023 telah memenuhi permintaan dengan baik, membuat para peminat terus terpegun dengan aksi menarik di litar lumba selain menyaksikan pemenang perlumbaan yang tidak dijangkakan.

“Ini ditambah lagi dengan hiburan menarik yang berlangsung.

“Kami teruja untuk pertingkatkan momentum perlumbaan itu yang akan masuk edisi ke-15 dengan semangat baru dan kami tidak sabar nantikan para peminat kembali ke Litar Marina Bay mulai 20 hingga 22 September 2024,” kata Pengarah Eksekutif Singapore GP Pte Ltd, Encik Adam Firth.

Penjualan  bagi semua kategori hospitaliti dilaporkan turut kukuh, dengan ruang khusus di Kelab Paddock, Sky Suite dan Lounge@Turn 3 F1, bagi perlumbaan 2024 hampir dijual sepenuhnya.

“Grand Prix Formula 1 Singapura merupakan acara sedunia yang dikenali yang terus menarik minat pelbagai klien korporat dan individu.

Selepas 2023, minat di serata produk hospitaliti kekal kukuh, tambah kenyataan itu.

“Dengan kadar pulangan melebihi 70 peratus, banyak kategori hampir dijual habis bagi 2024,” kata Pengarah Hospitaliti dan Penjualan Penajaan bagi Singapore GP Pte Ltd, Cik Shamini Suppiah.

Laporan berkaitan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg