Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Permohonan bagi Biasiswa Yayasan Olimpik Singapura-Peter Lim dibuka Rabu (2 Jan)

Jan 1, 2019 | 6:30 PM
SOKONGAN TAMBAHAN: Thiruben Thana Rajan (kanan), pemegang redko acara 400 meter lelaki bawah 18 tahun ialah antara penerima biasiswa SOF_Peter Lim pada 2018.
SOKONGAN TAMBAHAN: Thiruben Thana Rajan (kanan), pemegang redko acara 400 meter lelaki bawah 18 tahun ialah antara penerima biasiswa SOF_Peter Lim pada 2018. - Thiruben Thana Rajan

Atlit muda yang meraih keputusan konsisten dalam pertandingan boleh memohon untuk mendapatkan biasiswa Yayasan Olimpik Singapura-Peter Lim bermula esok (2 Jan).

Tempoh permohonan itu - yang hanya boleh dibuat menerusi laman web www.sof.sg - berakhir pada 4 petang, 31 Januari.

Dalam kenyataannya, Yayasan Olimpik Singapura (SOF) berkata kebanyakan penerima sebelum ini adalah atlit muda dari latar belakang miskin dan menunjukkan potensi untuk mencapai kecemerlangan dalam sukan mereka.

Biasiswa ditawarkan dalam empat kategori: $1,000 (sekolah rendah), $2,000 (sekolah menengah), $3,000 (maktab rendah, program bersepadu, tertiari) dan $5,000 (Kelakonan Tinggi Bawah 18 tahun).

Ini adalah kali kesembilan biasiswa itu ditawarkan sejak ia diperkenalkan pada 2010. Encik Lim telah mendermakan $10 juta kepada SOF, derma terbesar dari individu bagi biasiswa sukan di Singapura.

Menurut SOF, lebih 2,300 biasiswa bernilai lebih $6.5 juta telah dianugerahkan setakat ini.

Tahun lalu, 269 atlit muda menerima $771,00 dalam bentuk biasiswa. Jumlah permohonan yang diterima juga adalah yang tertinggi, iaitu 1,243.

Atlit yang layak menerima biasiswa kategori kelakonan tinggi bawah 18 tahun ialah Cheyenne Goh (gelungsur ais), Koen Pang (tenis meja), Lau Ywen (lawan pedang) dan Gan Ching Hwee (renang).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg