Premium
Kian MENGHANGAT
Sunderland, Norwich dan Newcastle terdesak elak tersingkir dari EPL, keciciran Aston Villa kian pasti
Mar 28, 2016 | 5:30 AM
APA DAH JADI?: Gabriel Agbonlahor (memegang bola) dan rakan sepasukannya tampak sugul selepas Aston Villa melepaskan gol dalam perlawanan dengan Everton awal bulan ini. Villa tewas 1-3 dan setakat ini telah tewas 21 kali dalam liga - rekod yang bak menjamin laluannya jatuh dari EPL ke Championships musim depan. - Foto Reuters -
MUSIM Liga Perdana England (EPL) 2015/16 yang akan melabuhkan tirai Mei nanti akan diingati sebagai musim bola sepak yang aneh.
Juara bertahan Chelsea dijangka mengakhiri musim di pertengahan liga, sementara kelab yang hampir tercicir ke divisyen Championships musim lalu, Leicester City, kini mendahului liga dengan lima mata dan kian hampir ke saat bersejarah menjulang trofi buat pertama kali dalam sejarahnya.

