Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Persatuan Bola Sepak M'sia hadapi tekanan rombak kepimpinan

Apr 22, 2016 | 04:47 PM



KUALA LUMPUR: Desakan terlalu agresif pelbagai pihak bagi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dirombak berikutan kemerosotan prestasi skuad kebangsaan di pentas antarabangsa boleh mengundang padah kepada sukan No. 1 negara itu.



Bekas Setiausaha Agung FAM, Datuk Seri Ibrahim Saad berkata, 'keghairahan' untuk mengubah struktur pucuk pimpinan tertinggi FAM akan memberikan impak lebih buruk meskipun matlamat asalnya mahu memberi nafas baharu kepada bola sepak tempatan.



Katanya, FAM boleh digantung Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) jika wujud campur tangan kerajaan dalam sesi pemilihan pucuk pimpinan persatuan tersebut.



Bagaimanapun, Datuk Seri Ibrahim tidak menolak bahawa pucuk pimpinan boleh diubah menerusi suara ahli-ahli gabungan FAM sama ada mahu mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) atau menunggu sehingga pemilihan Kongres FAM bagi penggal 2018-2022.



"Cuma, nasihat saya rombakan bukan menyelesaikan masalah kerana saya ingin ingatkan, nak buat apa-apa sekalipun harus ikut peraturan kerana FAM tertakluk di bawah syarat FIFA," katanya kepada Kosmo! semalam.



Menteri Belia dan Sukan, Encik Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebelum ini menyifatkan skuad kebangsaan yang kini menduduki ranking ke-174 dunia sukar untuk meningkat kerana itu tahap kemampuan pemain dimiliki sekarang.



Kenyataan itu disahut Penasihat Diraja Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menggesa untuk mengadakan perbahasan secara langsung di televisyen mengenai topik siapa yang bertanggungjawab atas kemerosotan bola sepak tanah air.



Isu tersebut turut menarik minat Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa yang mencadangkan Tunku Ismail sebagai peneraju baharu FAM. - Kosmo! Online




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >