Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Perses bentuk pasukan nasional baru, dua skuad pelapis perkasa cabaran negara

Senarai pemain bakal diumum sejurus latihan pusat pertama diadakan Isnin ini
Nov 20, 2020 | 05:30 AM



PERSEKUTUAN Sepak Takraw Singapura (Perses) telah melakar strategi baru dalam usaha memperkasa cabaran Singapura dan memperbaiki pencapaian negara dalam pertandingan serantau dan antarabangsa.



Rancangan itu akan dimulakan dengan pembentukan pasukan nasional baru dan dua pasukan pelapis selepas Perses mendapat mendapat lampu hijau memulakan semula latihan pusat mulai Isnin ini.



Perses juga merancang mendapatkan khidmat jurulatih luar untuk membimbing pemain nasional dan memperbaiki persembahan pasukan dalam pertandingan yang bakal disertai kelak.



Pembentukan ketiga-tiga skuad dan rancangan menggajikan jurulatih import itu diumumkan Jawatankuasa Pemilihan Skuad Nasional yang diketuai Presiden Perses Mohd Nasri Haron semalam.



Perses mendapat lampu hijau memulakan semula latihan pusat skuad nasional daripada Sport Singapore (SportSG), badan yang mentadbir semua aktiviti sukan setempat, selepas semua latihan dan latihannya digantung ekoran pandemik Covid-19.



Namun, Perses diarah memastikan semua prosedur jarak keselamatan dipatuhi sewaktu latihan.



"Kami akan membentuk skuad nasional baru berdasarkan pemantauan panel pemilihan yang meneliti persembahan pemain dalam pertandingan setempat yang diadakan pada awal tahun ini sebelum penularan dan langkah-langkah pemutus rantaian jangkitan akibat Covid-19.



"Untuk memperkukuh pasukan nasional dan memastikan Singapura menghantar pasukan terbaik dalam setiap pertandingan serantau dan antarabangsa yang bakal kami sertai, terutama dalam Sukan SEA dan Sukan Asia pada masa depan, kami juga akan membentuk dua pasukan pelapis terdiri daripada skuad intermediate dan skuad Bawah 17 Tahun.



"Senarai pemain ketiga-tiga skuad ini akan kami umumkan Isnin ini selepas latihan pusat pertama pasukan nasional diadakan.



"Untuk memperbaiki persembahan dan pencapaian Singapura, kami turut merancang mendapatkan khidmat jurulatih import sejurus keadaan mengizinkan ekoran pandemik yang melanda sekarang ini," jelas Mohd Nasri kepada Berita Harian.



Sementara menanti kelulusan pihak berkuasa, skuad nasional dan kededua skuad pelapis negara akan dibimbing dua pembantu jurulatih.



"Perses telah melantik Padzli Othman dan Mohamad Fami Mohamed sebagai pembantu jurulatih yang akan mengendalikan semua aspek latihan dan pengurusan pemain.



"Pada masa yang sama, kami akan berusaha mendapatkan khidmat jurulatih import itu secepat mungkin sejurus semua sekatan membawa masuk tenaga luar negara dilonggarkan dan mendapatkan kebenaran pihak berkuasa," tambah Mohd Nasri.



Memperbaiki persembahan dan mengembalikan kegemilangan pasukan nasional antara misi dan matlamat utama beliau sejak mengambil alih kepimpinan Perses.



Usaha itu, terutama semua latihan pusat skuad nasional, digantung akibat Covid-19 dan langkah-langkah pemutus rantaian jangkitan yang dikenakan bagi membendung penularan pandemik itu sejak awal tahun ini.



"Izin memulakan latihan Isnin ini adalah berita baik yang dinantikan Perses dan pemain.



"Dengan keizinan ini, kami dapat menjalani dan menganjurkan semua kegiatan latihan dan acara yang kami lakarkan di belakang tabir dan sangat terhad selama beberapa bulan kebelakangan ini.



"Untuk memastikan keselamatan pemain dan mengelak sebarang bentuk pendedahan terhadap jangkitan, semua kegiatan ini dijalankan mengikut peraturan yang ditetapkan.



"Semua latihan skuad nasional digantung sejak Covid-19 melanda awal tahun ini.



"Bahkan, kali terakhir skuad nasional menjalankan latihan bersama adalah selepas Sukan SEA Filipina pada Disember tahun lalu.



"Izin menjalankan semula latihan ini pastinya berita baik bagi pemain nasional dan perkembangan sepak takraw negara," ujar Mohd Nasri.




LATIHAN BAKAL DIJALANKAN IKUT LANGKAH KESELAMATAN



"Izin memulakan latihan Isnin ini (23 Nov) adalah berita baik yang dinantikan Perses dan pemain. Dengan keizinan ini, kami dapat menjalani dan menganjurkan semua semua kegiatan latihan dan acara yang kami lakarkan di belakang tabir dan sangat terhad selama beberapa bulan kebelakangan ini. Untuk memastikan keselamatan pemain dan mengelak sebarang bentuk pendedahan terhadap jangkitan, semua kegiatan ini dijalankan mengikut peraturan yang ditetapkan."
- Mohd Nasri Haron, Presiden Perses, yang berkata semua latihan skuad nasional digantung sejak Covid-19 melanda awal tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >