Premium
Perses mahu cungkil bakat baru dalam skuad nasional
Jan 29, 2019 | 5:30 AM
MENCARI BAKAT BARU: Dalam memperluaskan lagi bakat pemain sepak takraw setempat untuk disertakan dalam skuad nasional, Perses telah menganjurkan Kejohanan Antara Regu Terbuka kelmarin. - Foto BH oleh IQBAL FAIZAL -
DALAM usaha menyemarakkan lagi sepak takraw negara, Persekutuan Sepak Takraw Singapura (Perses) telah membuka peluang kepada para peminat sukan sepak takraw setempat untuk merebut tempat dalam skuad nasional.
Ini merupakan sebahagian daripada usaha Perses untuk terus mencungkil bakat-bakat baru bagi mendapatkan para pemain terbaik mewakili negara dalam pelbagai kejohanan antarabangsa.

