Topik diikuti
Pergi ke BHkuPerses rancang 'alumni' pemain negara
Premium
Perses rancang 'alumni' pemain negara
Peluang curah bakti menjadi pembimbing di dalam ataupun luar negara
Perses rancang 'alumni' pemain negara
"Ini bermakna bekas pemain pasukan sepak takraw nasional tidak akan sesiakan sahaja pengalaman dan kepakaran yang ditimba mereka selepas mengundurkan diri sebagai pemain. Sebaliknya, kami akan menyediakan platform kepada mereka menghulurkan bantuan kepada pasukan senegara ataupun pasukan di luar Singapura." - Setiausaha Agung Perses, Abdul Halim Kader. -
May 23, 2014 | 6:00 AM
MENGUMPULKAN tenaga bekas pemain nasional demi memanfaatkan pengalaman mereka selain membuka wadah kepada pemain itu menyumbangkan peranan kepada pembangunan sukan tradisional Melayu ini, baik di peringkat setempat mahupun serantau.
Itulah antara matlamat yang ingin dicapai Persekutuan Sepak Takraw Singapura (Perses) apabila membentangkan inisiatif terbaru - menganjurkan 'majlis perhimpunan' bagi bekas pemain skuad nasional yang pernah mewakili Singapura dari 1965 sehingga 2010.
