Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Perses tidak iktiraf kuasa Astaf sekat presiden, setiausaha agung

Dec 10, 2022 | 05:30 AM



PERSEKUTUAN Sepak Takraw Singapura (Perses) telah menolak sebarang cadangan salah laku yang dilontarkan Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf) terhadap badan itu dan kakitangannya.



Pada 3 Disember lalu, Presiden Perses, Mohd Nasri Haron, telah dikenakan larangan 10 tahun oleh Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf) daripada menyertai sukan itu di dalam negeri dan di peringkat antarabangsa.



Kelmarin, badan antarabangsa sepak takraw itu juga telah menggantung setiausaha agung Perses, Zahid Abdul Aziz selama lima tahun.



Dalam satu kenyataan media semalam, Zahid berkata: "Persekutuan Sepaktakraw Singapura (Perses) telah mengkaji semula perkara yang dinyatakan dalam kenyataan akhbar Astaf dan menolak sebarang cadangan salah laku di pihak Perses dan/atau kakitangannya."



Pertama, Perses "sekeras-kerasnya menafikan" cadangan Astaf bahawa barangnya telah tersalah buang oleh Perses dan/atau kakitangannya.



"Setelah menyiasat perkara ini, barang yang dimaksudkan itu berada dalam simpanan Perses dan telah rosak dan tidak dapat dibaiki," kata Zahid.



Barang itu termasuk kotak guna habis yang sudah busuk dan dokumen berkulat.



"Pembuangan barang itu adalah perlu sebagai sebahagian daripada penyerahan semula premis kami sebelum ini kepada SportSG. Oleh itu, Perses boleh mengesahkan bahawa tiada asas untuk dakwaan tersebut dan menjemput Astaf untuk serta-merta menarik baliknya," tambah beliau.



Perses juga berkata ia tidak mengiktiraf kuasa Astaf untuk mengeluarkan sekatan terhadap presiden dan setiausaha agungnya.



"Astaf tidak mempunyai kuasa ke atas perkara yang menjejas cara Perses dikendalikan, atau kakitangannya. Astaf tidak mempunyai kedudukan untuk menghendaki pejabat presiden dan setiausaha agung Perses dikosongkan," jelas Zahid.



Astaf kelmarin telah mengarah Perses mengosongkan pejabat presiden dan setiausaha agungnya dalam tempoh 90 hari dari notis yang bertarikh 5 Disember.



Perses menambah bahawa Nasri dan Zahid akan meneruskan peranan mereka sebagai pemegang jawatan Perses yang dipilih dengan sewajarnya.



Perses juga akan menangguh pencalonan, pemilihan dan persediaan atletnya untuk temasya sukan kepada SNOC, sekiranya perlu, demi melindungi kepentingan mereka, mengesahkan kenyataan Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) kelmarin.



SNOC juga telah mengesahkan kelmarin bahawa ia akan bertindak untuk melindungi atlet Singapura, jika perlu.



"Perses komited untuk mentadbir, mengekalkan dan mengembangkan sukan sepak takraw di Singapura. Perses akan memastikan bahawa kepentingan atletnya sentiasa diutamakan dan dilindungi walaupun terdapat usaha badan luar untuk menyebabkan gangguan. Pada akhirnya, Perses berterima kasih atas sokongan yang ditunjukkan oleh SNOC dan SportSG," tambah Zahid.



Menjawab pertanyaan Berita Harian (BH) kelmarin, Zahid juga mengesahkan bahawa semua program Perses termasuk liga nasionalnya, Liga Sukan Warisan Kita, yang berlangsung kini, akan diteruskan. - ZULAIQAH ABDUL RAHIM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >