Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Persiapan F1 S’pura akan diteruskan walau ada siasatan rasuah

Jul 21, 2023 | 06:59 PM



Pengarah Eksekutif Sukan dan Kesejahteraan Lembaga Pelancongan Singapura, Cik Ong Ling Lee, dengan tegas menyatakan bahawa persiapan untuk F1 Grand Prix Singapura akan diteruskan walaupun terdapat siasatan rasuah yang melibatkan Encik S Iswaran dan Ong Beng Seng.

Dalam kenyataannya pada Jumaat, Cik Ong menyatakan bahawa pihaknya tetap komited untuk bekerjasama dengan semua rakan kongsi yang terlibat bagi memastikan kejayaan acara tersebut.

Perlumbaan yang dijadualkan berlangsung dari 15 hingga 17 September di Litar Marina Bay ini menjadi tumpuan utama bagi peminat sukan permotoran di rantau ini.

Masa depan perlumbaan itu menjadi tanda tanya selepas pengumuman pada awal Julai bahawa Menteri Pengangkutan, Encik Iswaran, dan ahli perniagaan, Encik Ong, sedang disiasat oleh Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB).

Kedua-duanya diketahui sebagai individu penting dalam membawa Singapura menjadi sebahagian daripada litar Formula Satu, dengan Encik Ong memiliki hak bagi Grand Prix Singapura.

Pihak CPIB pada Jumaat lalu menyatakan bahawa Encik Iswaran dan Encik Ong telah ditangkap pada 11 Julai dan sedang membantu dalam siasatan ke atas kes yang ditemui oleh agensi antirasuah itu.

Walaupun CPIB tidak memberikan butiran lanjut mengenai siasatan tersebut, ia menimbulkan kebimbangan tentang kesannya kepada perlumbaan yang sangat ditunggu-tunggu itu.

Namun, penganjur Singapore GP memastikan bahawa perancangan dan persiapan untuk perlumbaan akan tetap berjalan.

Mereka mengakui bahawa mereka memahami siasatan CPIB yang sedang berlangsung dan menyatakan bahawa mereka “tidak berhak memberikan sebarang maklumat lanjut” pada ketika ini.

Sejak ditandatangani kontrak untuk Singapura menganjurkan acara F1 selama tujuh tahun lagi pada 2022, perlumbaan itu telah menarik minat besar daripada peminat sukan permotoran di seluruh dunia.


Penganjur berhasil membawa acara itu kembali ke Marina Bay selepas tertangguh selama dua tahun disebabkan pandemik Covid-19.


Perancangan untuk acara kali ini adalah yang terpanjang dan terbesar sejak perlumbaan ini pertama kali diadakan di Singapura.


Pada 12 Julai, penganjur perlumbaan telah mengumumkan senarai hiburan penuh untuk acara tersebut, dengan kumpulan Amerika, Kings Of Leon, dan artis British seperti Culture Club, Groove Armada, dan Madness pada senarai.


Mereka akan bersama-sama melengkapkan senarai artis utama yang sebelum ini telah diumumkan, termasuk penyanyi rapper Amerika, Post Malone, dan bintang pop Inggeris, Robbie Williams.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >