Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SETEMPAT: Puasa tetap puasa, latihan jalan terus

Persisi adakan ujian Cabaran Ramadan kekal kecergasan, ukur kemampuan atlet dan pererat silaturahim antara kerabat

May 03, 2021 | 05:30 AM



Puasa bukan bermakna seseorang atlet boleh bermalas-malas, berlemah-lemah dan bersikap sambil lewa. Sebaliknya, bagi Persekutuan Silat Singapura (Persisi) dan Persekutuan Sepak Takraw Singapura (Perses), inilah masa mereka mengekalkan kecergasan dan mengukur kemampuan atlet sambil mempererat hubungan dan persaudaraan antara atlet dengan jurulatih, kakitangan dan perguruan dalam memajukan dua sukan tradisi setempat itu. BERITA HARIAN menjengok persiapan mereka.




MENGEKAL kecergasan, mengukur keupayaan dan mempererat persaudaraan dalam Ramadan.



Berpandukan pegangan sedemikian, skuad silat nasional mengambil langkah meneruskan Latihan Ramadan dan ujian Cabaran Ramadan dalam bulan puasa ini.



Latihan tersebut melibat semua atlet nasional dalam setiap peringkat usia sejak mula berpuasa, manakala ujian Cabaran Ramadan diadakan dengan kerjasama beberapa perguruan silat setempat.



"Sebenarnya ada beberapa matlamat yang ingin kami capai dalam mengadakan sesi Latihan Ramadan dan ujian Cabaran Ramadan ini.



"Pertamanya, kami mahu mengekalkan kecergasaan atlet sempena bulan puasa ini dan mengikis sikap bermalas-malas dan lemah, maklumlah bulan puasa. Walaupun mereka berpuasa, kami mahu pesilat kami sentiasa cergas dan bersedia memasuki gelanggang untuk bertanding pada bila-bila masa.



"Kedua, ujian Cabaran Ramadan ini bertujuan mempersiap semua pesilat dan kakitangan Persekutuan Silat Singapura (Persisi) bagi menghadapi Pesta Sukan Kebangsaan (PSK), yang dijadual diadakan sekitar Julai atau Ogos," jelas ketua pegawai eksekutif Persisi, Sheik Alau'ddin Yacoob Marican, yang juga ketua jurulatih skuad nasional.



Menurut beliau, dengan adanya "acara pertandingan" melibatkan beberapa perguruan setempat, Persisi dapat membuat perancangan dari segi menyediakan kakitangan dan sukarelawan bagi menganjurkan PSK kerana ia bakal menjadi kejohanan serupa pertama diadakan di tengah-tengah Covid- 19 ini.



"Terdapat beberapa keutamaan yang akan menjadi fokus. Kami mahu mengukur dan memantau kemampuan atlet nasional selepas menjalani latihan selama ini, sama ada mereka dapat mempraktikkannnya dalam pertandingan.



"Kami mahu memastikan semua langkah keselamatan yang diambil - daripada persiapan atlet, interaksi dengan pesilat lain, jumlah pertandingan, persediaan gelanggang kepada langkah-langkah keselamatan lain - mencukupi dan berkesan," terang Sheik Alau'ddin.



Selain itu, ujian Cabaran Ramadan bertujuan mempererat silaturahim antara Persisi dengan perguruan setempat lain yang mengambil bahagian, seperti Perguruan Sendeng Belalang Singapura, Perguruan Silat Seligi Tunggal Angkatan Singapura, Perguruan Pencak Sendeng dan Perguruan Silek Harimau Minangkabau.



Ujian pertama melibatkan pesilat Sekolah Sukan menentang Perguruan Sendeng Belalang diadakan pada 24 April lalu, manakala ujian antara pesilat nasional dengan Perguruan Silat Seligi Tunggal, Perguruan Pencak Sendeng dan Perguruan Silek Harimau Minangkabau dijadual pada Sabtu lalu.



Satu lagi sesi ujian akan diadakan pada Sabtu ini dengan satu lagi perguruan yang belum ditetapkan.



"Sempena Ramadan dan Syawal yang bakal menjelang, kami mahu mempererat silaturahim dan kerjasama dengan semua perguruan silat setempat. Saya rasa ini paling utama," ujar Sheik Alau'ddin.



Mengulas jadual latihan dalam Ramadan yang dijalaninya, penerima Biasiswa Kecemerlangan Sukan (Biasiswa spex) Siti Khadijah Mohamad Shahrem, 19 tahun, pemenang pingat emas Kejohanan Asia dan pingat gangsa Sukan Asia, berkata:



"Latihan kami bermula dari 8.30 malam selepas iftar dan solat. Walaupun dalam Ramadan, latihan yang kami jalani tetap intensif supaya ia produktif.



"Namun, memandangkan latihan bermula agak lewat, saya perlu membahagikan masa dengan bijak. Ini termasuk apa yang saya makan semasa berbuka kerana ia akan menjejas prestasi saya dalam latihan.



"Apa pun, saya berpendapat bahawa latihan dalam Ramadan ini mengajar saya supaya lebih berdisiplin dan bersungguh-sungguh menjalani latihan.



"Ia memberi saya keupayaan mengawal diri dan lebih fokus," ujar pelajar Politeknik Republic itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >