Persisi, Perses ambil langkah ubah jadual latihan, pertandingan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Persisi, Perses ambil langkah ubah jadual latihan, pertandingan

* Silat: Persiapan Pesta Sukan Kebangsaan diteruskan, latihan skuad bawah usia 18 tahun dipindahkan ke Zoom * Sepak takraw: Penganjuran Liga Perses 2021 ditangguh dari 1 Jun ke pertengahan Julai
May 31, 2021 | 5:30 AM

Persisi, Perses ambil langkah ubah jadual latihan, pertandingan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
TERUSKAN LATIHAN DI OCBC ARENA: Pesilat Muhammad Hazim Mohamad Yusli (kanan) dan Muhammad Syakir Jeffry (kiri) antara penerima Biasiswa spex yang mendapat izin meneruskan latihan di OCBC Arena sebagai persiapan menghadapi pertandingan utama seperti Kejohanan Pencak Silat Dunia dan Sukan SEA. - Foto PERSISI
TERUSKAN LATIHAN DI OCBC ARENA: Pesilat Muhammad Hazim Mohamad Yusli (kanan) dan Muhammad Syakir Jeffry (kiri) antara penerima Biasiswa spex yang mendapat izin meneruskan latihan di OCBC Arena sebagai persiapan menghadapi pertandingan utama seperti Kejohanan Pencak Silat Dunia dan Sukan SEA. - Foto PERSISI -

SEBAGAI langkah keselamatan di bawah tahap kewaspadaan lebih ketat Fasa Dua Dipertingkat Covid-19 sekarang ini, dua sukan tradisional Melayu Singapura - Persekutuan Silat Singapura dan Persekutuan Sepak Takraw Singapura (Perses) - telah membuat beberapa pengubahsuaian dalam jadual pertandingan dan latihan yang dirancang pada separuh kedua tahun ini.

Sebagai menyahut panduan keselamatan yang dikeluarkan agensi sukan negara Sport Singapore (SportSG), Persisi telah mengalihkan latihan atlet mudanya ke wadah Zoom dan mengekalkan latihan bagi skuad senior yang bakal menghadapi pertandingan utama.

Perses pula menanguhkan pertandingan liga baru iaitu Liga Perses 2021 dan mengehadkan jadual laithan bagi kesemua skuad nasional yang dikendalikannya.

Mengulas langkah terbaru itu, Ketua Pegawai Eksekutif Persisi, Sheik Alau'ddin Yacoob Marican, menjelaskan: "Dalam Fasa Dua Dipertingkat Covid-19 sekarang ini, Persisi diperlukan mengubahsuai latihan skuad negara mengikut panduan keselamatan SportSG.

"Mulai 24 Mei hingga 13 Jun, semua latihan daripada kategori Singa Cub kepada Junior - melibatkan atlet dari usia tiga hingga 17 tahun - bagi kededua kelas tanding dan seni akan dialih ke platform Zoom.

"Bagaimanapun, bagi penerima Biasiswa Kecemerlangan Sukan (Biasiswa spex) dan atlet yang bakal disertakan dalam pertandingan utama seperti Kejohanan Pencak Silat Dunia dan Sukan SEA, mereka akan terus menjalani latihan seperti biasa di dewan silat Dewan 4 OCBC Arena.

Menurut Sheik Alau'ddin, Persisi dibenarkan menggunakan kemudahan itu oleh SportSG sebagai persiapan menghadapi temasya utama.

"Skuad silat Team SG dijadual mengambil bahagian dalam Sukan SEA Vietnam 2021 dari 21 November hingga 3 Disember ini di Hanoi.

"Mereka kemudian akan meneruskan cabaran negara dalam Kejohanan Pencak Silat Dunia Ke-19 di Kuala Lumpur pada Disember," kata Sheik Alau'ddin lagi.

Namun, beliau menambah bahawa atlet perlu menjalani langkah-langkah keselamatan tambahan, seperti ujian swab berjadual (RRT) mingguan yang perlu menunjukkan keputusan negatif, sebelum mereka diizin menghadiri latihan.

"Bagi penganjuran Pesta Sukan Kebangsaan (PSK), yang dijadual diadakan sekitar Julai atau Ogos pula, kami akan meneruskan persiapan sebaik mungkin di tengah-tengah langkah-langkah keselamatan ketat yang dipertingkat ini.

"Rasanya, kami perlu memanjangkan tempoh pertandingan pada hujung minggu dari Julai hingga September demi mematuhi langkah-langkah jarak selamat dan keselamatan lain yang perlu dilaksanakan.

"Bagi Kejohanan Silat Antara Institusi Pengajian Tinggi pula, ia dijadualkan berlangsung sehingga Oktober bagi membolehkan kelab-kelab berkenaan mengambil bahagian.

Di pihak Perses pula, ia akan menangguhkan Liga Perses 2021 baru yang dijadual berlangsung mulai 1 Jun hingga Januari depan.

"Majlis Perses telah mengadakan mesyuarat pada Jumaat lalu dan membuat keputusan menangguhkan Liga Perses 2021 ke pertengahan Julai 2021 berdasarkan andaian Fasa 2 Dipertingkat Covid-19 akan ditarik balik pada 13 Jun.

"Memandangkan adanya langkah-langkah kawalan keselamatan sekarang, pertandingan ini hanya akan dimulakan pada pertengahan Julai kerana kami mahu pasukan-pasukan yang mengambil bahagian mempunyai masa sekurang-kurangnya sebulan untuk berlatih dan berada pada tahap kecergasan terbaik," kata Presiden Perses Mohd Nasri Haron kepada Berita Harian.

Liga Perses 2021 diperkenalkan untuk menggantikan Liga Perdana dan Liga Nasional yang diadakan sebelum ini.

Ia diperkenalkan untuk "menyemarakkan lagi sukan sepak takraw di Singapura", ujarnya.

"Perbezaan ketara antara liga tahun ini dengan liga tahun lalu dan pada musim-musim sebelumnya adalah pasukan dan kelab sendiri yang membuat keputusan untuk mengambil bahagian.

"Sebelum ini, hanya pasukan yang diundang diizin mengambil bahagian dalam Liga Perdana Perses," jelas Mohd Nasri.

Tiga penaja utama telah tampil bagi Liga Perses 2021 iaitu Starbalm, Gajah Emas dan Vonda.

Bagi persiapan menghadapi kemungkinan skuad nasional layak ke Sukan SEA pula, beliau menambah bahawa mereka akan meneruskan latihan mingguan yang akan dipertingkat menjadi latihan harian menjelang tarikh temasya tersebut yang bermula November.

"Keadaan semasa sudah pasti menjejas persiapan skuad nasional bagi menghadapi Sukan SEA Vietnam kali ini.

"Perses perlu meneliti langkah-langkah keselamatan yang dipertingkat dan prosedur yang perlu diambil sebelum kami boleh menjadualkan apa juga bentuk latihan.

"Pemain nasional juga diperlukan menjalani ujian swab RRT mingguan dan perlu keputusan negatif sebelum mereka boleh mengikuti latihan," kata Mohd Nasri lagi.

"Bagaimanapun, bagi penerima Biasiswa Kecemerlangan Sukan (Biasiswa spex) dan atlet yang bakal disertakan dalam pertandingan utama seperti Kejohanan Dunia dan Sukan SEA, mereka akan terus menjalani latihan seperti biasa di dewan silat Dewan 4 OCBC Arena. Skuad silat Team SG dijadual mengambil bahagian dalam Sukan SEA Vietnam 2021 dari 21 November hingga 3 Disember ini di Hanoi. Mereka kemudian akan meneruskan cabaran negara dalam Kejuaraan Pencak Silat Dunia Ke-19 di Kuala Lumpur pada Disember." - Sheik Alau'ddin Yacoob Marican, Ketua Pegawai Eksekutif Persisi.

"Majlis Perses telah mengadakan mesyuarat pada Jumaat lalu dan membuat keputusan menangguhkan Liga Perses 2021 ke pertengahan Julai 2021 berdasarkan andaian Fasa 2 Dipertingkat Covid-19 akan ditarik balik pada 13 Jun. Memandangkan adanya langkah-langkah kawalan keselamatan sekarang, pertandingan ini hanya akan dimulakan pada pertengahan Julai kerana kami mahu pasukan-pasukan yang mengambil bahagian mempunyai masa sekurang-kurangnya sebulan untuk berlatih dan berada pada tahap kecergasan terbaik." - Mohd Nasri Haron, Presiden Perses.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg