Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PERSONALITI SUKAN DALAM TUMPUAN

5 calon yang boleh jadi pengganti

Nov 14, 2021 | 05:30 AM



OLE GUNNAR SOLSKJAER dikatakan ibarat seseorang yang sedang "meminjam masa" dengan tempohnya sebagai pengurus antara kelab terkemuka dan mempunyai penyokong paling ramai di dunia, Manchester United, dijangka bakal berakhir tidak lama lagi. Namun, siapakah yang boleh menggantikan pengurus asal Norway berusia 48 tahun itu untuk memimpin gergasi bola sepak dunia ini, yang umpama sedang lena tidur dan perlu dikejutkan untuk kembali ke zaman kegemilangannya. BERITA MINGGU (BM) mengetengahkan lima calon yang boleh mengambil alih "kerusi panas" di Old Trafford.




BRENDAN RODGERS



PENGURUS Leicester City ini adalah antara pengurus muda berpengalaman di peringkat tertinggi dengan memenangi liga Scotland bersama Celtic. Beliau juga telah meneruskan kerja baik yang dilakukan pengurus Leicester sebelum ini dengan kelab itu sentiasa bersaing untuk posisi kelayakan Liga Juara-Juara Eropah setiap musim.Namun, rekodnya yang tidak konsisten di Liverpool, sebuah lagi kelab yang 'besar' meletakkan tanda tanya kepada keupayaan beliau menerajui sebuah kelab gergasi seperti Manchester United.




MAURICIO POCHETTINO



PENGURUS asal Argentina itu merupakan pilihan popular untuk menggantikan Jose Mourinho setelah beliau dipecat pada Disember 2018. Namun, kelakonan United di bawah pimpinan Solskjaer sebagai pengurus sementara meyakinkan pemilik Red Devils untuk memberikan jawatan itu secara tetap kepada pengurus Norway itu.



Ramai dalam kalangan penyokong United masih merasakan keputusan itu adalah satu kesilapan besar.



Dan dengan Pochettino dikatakan tidak gembira di Paris St Germain kerana keadaan di mana pemain-pemain bintang kelab Perancis itu mempunyai pengaruh yang terlalu besar, beliau akan diterima dengan tangan terbuka sekiranya Pochettino meninggalkan PSG.




ERIK TEN HAG 



PENGURUS kelab Belanda, Ajax Amsterdam, adalah seorang lagi jurulatih yang akan diterima penyokong United. Di pertandingan Eropah, Ajax telah menunjukkan kehebatan mereka dengan menewaskan Borussia Dortmund 7-1 dalam dua perlawanan selain memalukan Sporting Lisbon 5-1.



Lebih mengagumkan lagi ialah pengurus berusia 51 tahun itu kehilangan sebahagian besar pemainnya kepada kelab-kelab terkemuka Eropah yang lain setelah pasukan Ajax beliau itu menggegarkan dunia bola sepak dengan persembahan cemerlang dalam Liga Juara-Juara Eropah pada 2019. Namun, beliau berjaya membangunkan satu lagi pasukan yang handal.



Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, juga awal sebelum ini menyifatkan ten Hag sebagai antara pengurus muda paling menarik dalam dunia bola sepak.




ZINEDINE ZIDANE



LEGENDA Perancis ini adalah satu lagi nama yang sering disebut-sebut, meskipun beliau sendiri belum pernah melahirkan keinginannya untuk menjadi pengurus kelab di England.



Namun, Zidane adalah sasaran yang amat realistik memandangkan beliau tidak terikat dengan mana-mana kelab buat masa ini. Di samping itu, beliau juga mempunyai rekod cemerlang dengan tiga kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah bersama Read Madrid.



Bagaimanapun, meskipun dengan kejayaannya itu, Zidane tidak pernah diakui sebagai jurulatih yang cekap dari segi taktik 




RALF RANGNICK



JURULATIH asal Jerman ini sudah pun melahirkan kesediaannya memimpin United, dan pada usia 63 tahun, beliau mungkin sesuai sekiranya pemilik kelab Old Trafford itu mahukan pengganti bagi jangka pendek.



Beliau kini bertugas sebagai ketua pembangunan sukan di Lokomotiv Moscow, namun Rangnick sudah pun mengadakan pertemuan dengan pegawai United dua tahun lalu dan beliau dikatakan antara calon bagi jawatan pengarah teknikal kelab tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >