Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PERSONALITI SUKAN: RALF RANGNICK PENGGANTI SOLSKJAER

Disegani, tapi mampukah Rangnick semarak Man Utd?

Dec 06, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Manchester United telah menemui pengurus sementara yang dicari-cari dan nama beliau ialah Ralf Rangnick, dari Jerman.



Namun, di luar Jerman dan Eropah, tidak banyak yang diketahui mengenai Rangnick, yang telah diberikan kontrak enam bulan untuk memimpin United sebagai pengurus sehingga akhir musim ini, dan menyusuli itu, sebagai konsultan selama dua tahun di Old Trafford.



Perjanjian menjadi konsultan yang menyusuli perjanjian sebagai pengurus itu penting, kerana Rangnick dilaporkan pernah menolak lamaran Chelsea pada tahun lalu untuk menjadi pengurus sementara di kelab itu.



Seorang penulis bola sepak Fabrizio Romano, pada ketika itu berkata Rangnick memberitahu kelab yang berpangkalan di London itu beliau tidak berminat memimpin kelab itu buat sementara.



Beliau dilaporkan berkata:



"Saya bukan jurulatih sementara. Bagi pemain dan media, jawatan sementara itu hanya buat empat bulan sahaja."



SIAPA RANGNICK?



Rangnick amat dihormati di Jerman sebagai jurulatih bola sepak yang berkebolehan dan mampu mengatur strategi mengikut ciri-ciri terkuat pemainnya.



Namun, sebagai pemain bola sepak, kerjaya Rangnick tidak begitu menonjol.



Beliau memulakan kerjaya profesional di VFB Stuttgart, sebelum berpindah ke beberapa kelab di Eropah. Namun kebanyakan kerjayanya sebagai pemain dihabiskan di Jerman.



Pada usia 25 tahun, Rangnick memulakan kerjaya sebagai pengurusu dan jurulatih di FC Viktoria Backnang, mendukunng dwi-peranan sebagai pemain dan pengurus sebelum dilantik sebagai pengurus tetap di SC Korb pada 1988.



Namun, beliau terpaksa menanti lebih sedekad untuk melangkah ke divisyen terulung di Jerman Bundesliga dan meraih pencapaian itu pada 1999, apabila beliau mengambil alih kepimpinan di VFB Stuttgart.



Menyusuli itu, beliau akan berhijrah ke Hannover 96, Schalke 04 dan 1899 Hoffenheim di mana beliau meraih pelbagai kejayaan, memenangi lima trofi dengan empat kelab Bundesliga.



JAWATAN EKSEKUTIF



Pada 2012, Rangnick menerima tawaran untuk mendukung jawatan eksekutif, sebagai Pengarah Bola Sepak dengan Red Bull Group dan Red Bull Salzburg.



Selang tiga tahun, Rangnick mengambil alih kepimpinan di RB Leipzig, di mana beliau memimpin kelab itu mendaki ke Bundesliga dari satu divisyen lebih rendah, sebelum jawatannya diambil alih oleh Ralph Hassenhuttl, yang kini memimpin Southampton dalam Liga Perdana England (EPL).



Pada 2018, Rangnick kembali ke kelab itu untuk memimpinnya sekali lagi sebagai pengurus dan membawa kelab itu ke Liga Juara-Juara Eropah.



HORMAT TERHADAP RANGNICK



Namun, melebihi pencapaiannya sebagai pengarah bola sepak, Rangnick amat dihormati oleh pihak berkepentingan bola sepak di Jerman, terutama jurulatih lain.



Pasukan yang dipimpin Rangnick biasanya rajin dan amat cergas dari segi fizikal.



Mereka juga selalunya beraksi dengan tempo yang rancak dan kerap memberi tekanan ke atas pemain lawan, dengan cara menyerang menggunakan pemain pantas dan bertahan dengan cara mengikut zon, atau 'zonal-marking'.



Malah, Rangnick juga dikatakan jurulatih pertama yang membangun kaedah permainan "gegenpressing", di mana pemain-pemainnya akan beramai-ramai menyerbu pemain lawan untuk merampas semula bola selepas kehilangannya.



Beliau yang diberi nama "The Profesor" dikatakan telah mempunyai pengaruh yang besar ke atas pengurus lebih muda seperti Jurgen Klopp yang kini memimpin Liverpool, pengurus Chelsea Thomas Tuchel dan Julian Nagelsmann yang kini merupakan pengurus Bayern Munich.



PENGARUH RANGNICK



Jurulatih sementara Mancheter United, Michael Carrick, berkata Rangnick tidak mempengaruhi pemilihan pemain dan strategi pasukan dalam perlawanan EPL dengan Chelsea pada hujung minggu lalu, yang berakhir dengan keputusan seri 1-1



Namun menurut pemerhati, cara Carrick memilih pemain - berat kepada pemain lebih defensif dan memadatkan midfield dengan pemain-pemain ini - adalah mirip dengan cara pengurusan Rangnick, yang mengutamakan benteng pertahanan dan midfield yang kukuh.



Lebih penting lagi, kebanyakan pemain United tidak berhenti berlari untuk memberi tekanan ke atas pemain Chelsea apabila Chelsea mengawal bola.



Strategi sebegini mungkin tidak sesuai bagi pemain yang mungkin tidak rela berlari mengasak lawan sepanjang 90 minit perlawanan, dengan Ronaldo hanya dinamakan di bangku simpanan bagi perlawanan itu dan selepas dimasukkan dalam separuh masa kedua, kurang memberi sumbangan kepada pasukan.



Dakwaan Rangnick sedang mengatur strategi dalam permainan itu menjadi lebih kuat selepas seorang jurulatih United Darren Fletcher dilihat menggodeh-godeh alat komunikasi semasa berada di tepi padang.



Betul atau tidak dakwaan itu, kehadiran Rangnick di Old Trafford sekurang-kurangnya membakar semangat pemain United untuk berjuang bagi tempat mereka dalam kesebelasan utama dan bagi lencana di dada. - Agensi berita.




REAKSI BAKAL PESAING



"Malangnya, seorang jurulatih bola sepak yang handal akan berada di England untuk menyertai Manchester United.



Ralf ialah seorang pengurus yang begitu berpengalaman dan beliau membangun dua kelab - Hoffenheim dan Leipzig - menjadi antara yang disegani di Jerman.



United, di bawah Ralf akan menjadi pasukan yang lebih teratur dan berdisiplin di padang, dan ini bukan berita baik bagi kelab-kelab lain.



Namun, Ralf akan sedar bahawa beliau tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk melatih pemain-pemain kerana di sini, kami bermain pada setiap masa."
- Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp.



"Beliau banyak membantu saya pada waktu awal saya menjadi jurulatih dan beliau juga antara orang yang menyakinkan saya untuk mencuba kerjaya ini.



Sebenarnya, beliau antara jurulatih pertama yang menunjukkan bagaimana amalan sebahagian pemain pertahanan mengekori dan membayangi pemain penyerang sepanjang perlawanan tidak semestinya membantu pasukan.



Sebaliknya, beliau mempelopori cara pertahanan berdasarkan zon, yang pada masa ini telah dibuktikan sebagai berkesan.



Jika beliau memimpin United, kelab itu akan kembali bersaing bagi kejuaraan liga musim ini. Saya amat yakin."
- Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >