JUARA Terbuka Amerika Syarikat tahun lalu, Emma Raducanu, berkata beliau menikmati pengalaman menyeronokkan singgah di Singapura dan ingin kembali ke sini.
Warga Britain itu berkata demikian kelmarin menerusi wadah media sosial di akhir tempoh kunjungan ke sini sekitar seminggu.
Beliau telah singgah ke sini dari Australia, selepas tersingkir dari Terbuka Australia.
Kehadiran beliau di Tanglin Club pada 25 Januari, di mana beliau dilihat mengadakan latihan, menarik perhatian ramai, dengan sebahagian peminatnya bergegas ke gelanggang tenis latihan untuk menyaksikan beliau berlatih.
Menulis di Instagram, Raducanu berkata:
"Singapura... saya amat menikmati budaya dan pengalaman berada di sini dan berpeluang mempertingkat diri saya.
"Terima kasih kepada semua yang menyambut ketibaan saya dengan ramah... ini membuat kunjungan saya lebih istimewa. Saya akan kembali!"
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg