Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pertandingan bola sepak jalanan bakal dianjur

May 26, 2022 | 05:30 AM



SATU pertandingan bola sepak jalanan empat sepasuk bagi kanak-kanak, yang akan dikendalikan berdasar peraturan unik yang ditetapkan oleh legenda bola sepak setempat Fandi Ahmad akan dianjurkan buat julung-julung kali pada musim cuti sekolah Jun ini.



Fandi Rules, yang bakal dianjurkan bagi budak lelaki dan budak perempuan, dibahagikan kepada kategori bawah 10 tahun dan kategori bawah 12 tahun.



Ia dijadual berlangsung dari 30 Mei hingga 19 Jun ini.



Dalam kenyataannya, Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), yang menganjurkan pertandingan itu bersama Singapore Pools, berkata ia bertujuan menggalak lebih ramai kanak-kanak bermain bola sepak dan mencetus minat bagi sukan itu dalam masyarakat.



Antara peraturan unik yang akan diperkenalkan dalam Fandi Rules adalah untuk menentukan pemenang bagi perlawanan berdasarkan pasukan pertama yang menjaringkan lima gol.



Satu lagi contoh adalah peruntukan satu-lawan-satu (1v1) yang menggantikan tendangan penalti.



Semua perlawanan akan dimainkan di gelanggang permukaan keras di lima daerah di serata Singapura.



Kanak-kanak yang berminat boleh mendaftar mengikut pasukan enam pemain bersama seorang jurulatih di http://www.fandirules.sg/.



Yuran bagi setiap pasukan adalah $17, menurut FAS.



Mengulas mengenai peri penting bermain bola sepak di jalanan yang memulakan perjalanannya dalam arena bola sepak, Fandi berkata:



"Keupayaan saya mengawal bola, teknik dan ketenangan apabila menerima bola... semuanya saya perhalusi dari usia awal semasa bermain di jalanan, di mana permukaan permainan lebih licin dan lebih kecil. Permainan juga dimainkan secara lebih pantas.



"Saya percaya lebih ramai kanak-kanak seharusnya bermain bola sepak di jalanan.... siapa tahu, kita boleh melihat legenda bola sepak masa depan nanti," kata Fandi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >