Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pertandingan futsal antara sekolah yang pertama bermula minggu depan

Jun 30, 2018 | 03:59 PM



DALAM beberapa hari sahaja lagi, pertandingan futsal antara sekolah yang pertama di sini akan membuka tirainya.



Dinamakan Cabaran Futsal Singapore Pools-Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), pertandingan ini merupakan pertandingan futsal antara sekolah yang terbesar di Singapura.



Pertandingan itu berlangsung Julai hingga Ogos dan melibatkan dua kategori umur – bawah 10 tahun dan bawah 14 tahun.



Menurut FAS, pertandingan itu sejajar dengan matlamatnya untuk membangunkan belia.



Pertandingan itu akan bermula di Our Tampines Hub Selasa ini (3 Julai).



Baru-baru ini, satu sesi taklimat telah diadakan bagi jurulatih dan guru sekolah yang akan menyertai pertandingan itu.



Guru Kegiatan Kokurikular (CCA) Sekolah Rendah Admiralty, Encik Muhammad Farhan, berkata muridnya sudah bersiap sedia bagi pertandingan itu.



“Ini merupakan wadah yang sangat baik untuk mendedahkan murid darjah tiga dan empat kami serta mempersiapkan murid kami bagi pertandingan antara sekolah.



“Murid-murid pun sangat gembira dapat mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Mereka telah berlatih bersungguh-sungguh dan tidak sabar untuk mewakili sekolah mereka,” ujarnya.



Selain pembangunan kemahiran teknikal, FAS berkata antara matlamat utama pertandingan ini ialah untuk memupuk nilai yang positif di kalangan peserta menerusi sukan.



Nilai seperti saling menghormati, semangat berpasukan dan minat akan digalak sepanjang pertandingan itu.



Timbalan Pengarah Pejabat Setiausaha Besar FAS, Encik Gerard Christopher, berkata nilai ini penting untuk membentuk perwatakan kanak-kanak dan mereka dapat didedahkan kepadanya menerusi bola sepak.



“Kami menggalak peserta menghormati lawan mereka, pegawai rasmi pertandingan, rakan sepasukan dan sekitaran mereka selain bekerjasama secara berpasukan untuk berjaya.



“Kami juga menggalak mereka untuk mempunyai minat bagi permainan ini sementara berseronok,” katanya.



Dengan memperkenalkan futsal kepada kanak-kanak, FAS juga berharap dapat membangunkan kemahiran teknikal di kalangan pemain yang akan membentuk dasar masyarakat bola sepak Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >