Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

TENIS TERBUKA AUSTRALIA

Pertandingan 'jalan terus'

Penganjur yakin kejohanan ikut jadual meski terdapat kebimbangan mengenai mutu udara akibat kebakaran belukar
Jan 20, 2020 | 05:30 AM



MELBOURNE: Penganjur Terbuka Australia yakin kejohanan tenis itu akan bermula dan selesai mengikut jadual walaupun terdapat kebimbangan kesihatan berterusan ekoran mutu udara yang masih kurang baik di Melbourne akibat kebakaran belukar di Australia.



Terbuka Australia, pertandingan Grand Slam pertama tahun ini, dijadual bermula hari ini.



Namun, sesetengah pemain yang melalui pusingan kelayakan mengeluh akibat terpaksa bermain dalam keadaan berjerebu.



"Terdapat banyak spekulasi mengenai Terbuka Australia tidak berlaku atau akan ditangguhkan," kata pengarah kejohanan Craig Tiley.



"Terbuka Australia akan berjalan terus."



Ini walaupun selepas pemain wanita asal Slovenia, Dalila Jakupovic, perlu dibantu di luar gelanggang setelah mengundurkan diri daripada perlawanan kelayakan Selasa lalu kerana kualiti udara yang "tidak sihat".



Pemain Britain, Liam Broady, pula berkata beliau berasa tidak berpuas hati kerana perlu bermain pada hari yang sama dalam "keadaan marah" dan "tercungap-cungap".



Brady tewas dalam perlawanan kelayakan di tangan Ilya Ivashka dari Belarus.



Beberapa pemain turut mengkritik penganjur kejohanan kerana tidak menangguhkan perlawanan dengan pemain Amerika Syarikat Noah Rubin mengadu "darah dan sesuatu yang berwarna hitam" keluar dari hidungnya selepas perlawanannya Rabu lalu.



Menurut Tiley, beliau memahami rasa tidak puas hati pemain sambil menambah bahawa ia berpunca daripada kekeliruan melihat pengukuran mutu udara yang berbeza.



Beberapa pemain legenda tenis turut memberi komen mengenai mutu udara menjelang kejohanan itu.



"Keadaan di sana sangat buruk," kata John McEnroe yang dihubungi BBC Sport di Amerika Rabu lalu sebelum menaiki penerbangan ke Melbourne, di mana beliau akan menjadi pengulas untuk ESPN.



"Saya yakin mereka bimbang tentang peminat dan pemain, tetapi sangat sukar membayangkan (mereka akan meneruskan permainan).



"Sekurang-kurangnya bagi saya buat masa ini, mereka tidak akan meneruskan permainan atau menangguhkan tarikhnya."



Chris Evert, juara Grand Slam sebanyak 18 tahun yang merupakan seorang lagi pengulas ESPN, menambah:



"Kejohanan ini mungkin satu perkara kecil berbanding apa yang berlaku di negara ini, tetapi saya akan mengutamakan kesihatan pemain, itu yang pasti walaupun jika mereka perlu bermain pada masa yang lain."



Martina Navratilova, yang memenangi tiga gelaran Terbuka Australia di antara 18 kejuaraan perseorangan utama miliknya, berkata beliau tidak dapat membayangkan bersaing dalam keadaan berjerebu yang menyelubungi Melbourne.



"Keadaan cuaca paling buruk pernah saya alami adalah dalam tahun 1970-an dan 80-an di Los Angeles, Amerika," kata Navratilova kepada The Washington Post menerusi e-mel.



"Saya berasa seperti dada saya diperas; saya tidak sabar keluar dari bandar itu. Tetapi itu tidak seperti yang berlaku di sini."



Mengulas mutu udara di Melbourne, Tiley berkata:



"Kualiti udara adalah isu yang sangat kompleks dan membingungkan yang berkaitan dengan beberapa faktor berbeza.



Menurut beliau, penganjur memutuskan untuk menggunakan langkah 'tumpuan PM2.5' untuk memantau tahap mutu udara selepas mendapat nasihat daripada pakar alam sekitar dan perubatan.



Bacaan PM2.5 diambil setiap empat minit di Melbourne Park. Jika bacaan melebihi 200, Tiley berkata ia akan dianggap berbahaya dan permainan akan digantung.



Sekiranya permainan digantung, kejohanan itu akan diteruskan di bawah bumbung tertutup Rod Laver Arena, Margaret Court Arena dan Melbourne Arena.



"Kami mempunyai tiga arena dalaman untuk meneruskan pertandingan. Ia mungkin kelihatan berbeza tetapi kejohanan akan diteruskan," ujar Tiley.



"Kami membuat spekulasi jika ia berlaku tetapi jika kami terpaksa melakukannya, kami akan melakukannya." - Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >