Pertandingan kelayakan floorball Asia-Oceania di S'pura dibatal
Premium
Pertandingan kelayakan floorball Asia-Oceania di S'pura dibatal
Nov 12, 2020 | 5:30 AM
TERLEPAS BERAKSI DI PENTAS DUNIA: Pasukan floorball lelaki bawah 19 tahun Singapura menduduki ranking ke-31 di dunia adalah pasukan keempat terbaik di rantau ini, diikuti China yang tiada kedudukan ranking. - Foto fail -
PERTANDINGAN kelayakan Asia-Oceania bagi Kejohanan Floorball Lelaki Sedunia Bawah 19 Tahun (WFC) tidak akan diadakan di Singapura dari 11 hingga 15 Januari tahun depan, umum Persatuan Floorball Singapura (SFA) apabila ia memutuskan untuk membatalkan acara itu akibat sekatan Covid-19.
Ini bermakna pasukan floorball lelaki bawah 19 tahun nasional, yang asalnya patut bertanding dalam kejohanan itu, akan terlepas peluang melayakkan diri ke kejohanan dunia yang berlangsung pada 28 April hingga 2 Mei tahun depan di Brno, Republik Czech.

