Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pertandingan tetap dijalankan tahun ini dan peminat boleh saksikan perlawanan: Uefa

Feb 26, 2021 | 5:30 AM
TIADA SENARIO BATAL ATAU TANGGUH LAGI: Uefa berkata Euro 2020, yang ditangguh tahun lalu, akan menjadi kenyataan Jun ini. - Foto REUTERS
TIADA SENARIO BATAL ATAU TANGGUH LAGI: Uefa berkata Euro 2020, yang ditangguh tahun lalu, akan menjadi kenyataan Jun ini. - Foto REUTERS -

MANCHESTER: Penasihat Covid-19 Gabungan Persatuan Bola Sepak Eropah (Uefa) berkata tiada persoalan langsung tentang pembatalan atau penangguhan kejohanan Euro 2020 Jun ini, dan peminat mungkin boleh melakukan perjalanan antarabangsa bagi menyaksikannya.

Kejohanan tersebut ditunda tahun lalu akibat pandemik Covid-19 dan ditangguh ke 11 Jun hingga 11 Julai tahun ini.

"Tidak mungkin Euros tidak akan berlaku, ia akan berlaku," kata penasihat perubatan Uefa, Dr Daniel Koch, kepada Reuters dalam satu wawancara.

"Tiada senario paling buruk, yang ada ialah senario realistik dan senario terbaik," tambahnya.

Koch, bekas ketua penyakit berjangkit di Pejabat Persekutuan Kesihatan Awam Switzerland, berkata Uefa akan membuat keputusan pada awal April mengenai kesesuaian tempat dan kapasiti penonton yang dirancang selepas berunding dengan 12 negara tuan rumah.

Tetapi, beliau mengatakan Uefa akan tetap mengadakan pilihan untuk membolehkan jumlah peminat ditambah sekiranya keadaan membolehkan.

"Saya fikir akan ada lebih banyak fleksibiliti sekurang-kurangnya hingga hujung April. Keputusan harus dibuat pada awal April tetapi ada lebih banyak kelonggaran untuk mengatakan, sekarang boleh menambah jumlah penonton sebab keadaan telah beransur baik daripada yang dijangka," kata Koch.

Uefa telah meminta 12 negara tuan rumah mengemukakan perancangan mereka mengenai kemasukan stadium dan isu lain. Ia tahun lalu menggariskan empat senario operasi - stadium penuh, kapasiti 50 hingga 100 peratus atau kapasiti 20 hingga 30 peratus dan perlawanan tanpa kehadiran penonton.

Koch tidak menolak kemungkinan peminat dibenarkan pergi ke negara berbeza untuk menghadiri pertandingan itu.

"Masih terlalu awal untuk mengatakannya. Kami akan melihat apa keadaannya dan apa syarat dari negara-negara yang berbeza tetapi saya berharap sekurang-kurangnya beberapa perjalanan dapat dilakukan...," katanya. - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg