Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pertarungan antara pasukan paling banyak kali ke final

Dec 29, 2021 | 05:30 AM



PENTAS final Piala Suzuki AFF tidak asing bagi Thailand dan Indonesia - mereka paling banyak kali berjaya ke pusingan akhir kejohanan ini dalam kalangan 10 negara Asia Tenggara yang menyertainya.



Namun, Thailand sering berjaya di peringkat final sedang Indonesia belum pernah sekali pun.



Dalam lapan penampilan finalnya, Thailand menjulang Piala Suzuki lima kali - terbanyak dalam sejarah kejohanan ini.



Selepas lima kali beraksi di final, Indonesia masih memburu gelaran sulung mereka.



Justeru, harapan tinggi diletak di bahu pemain pasukan Garuda kali ini untuk mengakhiri kekecewaan panjang itu apabila mereka bertemu Thailand dalam final Piala Suzuki 2020.



Peringkat final akan berjalan dalam dua perlawanan, dengan yang pertama berlangsung malam ini. Kedua-dua perlawanan di Stadium Negara.



Jurulatih Indonesia Shin Tae-yong berharap pengalaman luas beliau sendiri memenangi kejohanan dapat mempengaruhi anak buahnya untuk membawa pulang trofi berprestij Asia Tenggara itu dalam percubaan keenam mereka.



"Sejujurnya, saya mahu kami menjadi juara kali ini. Tapi, merangkul kejuaraan bukan sesuatu yang berlaku dengan sendirinya. Untuk menjadi juara, kami harus melakukan yang terbaik dalam segala-galanya apabila bermain di padang.



"Sebagai ketua jurulatih, saya telah menjadi juara lebih 20 kali dan daripada pengalaman ini, saya mahu menggunakan strategi sama, menerapkan mentaliti (kuat) sama dalam pemain dan cuba menjadi juara kali ini," kata warga Korea Selatan itu dalam sidang media praperlawanan semalam.



Pemain bintang Indonesia Egy Maulana, 21 tahun, berkata pasukannya, yang mempunyai ramai bakat muda, tidak gentar berdepan Thailand, yang lebih berpengalaman. Ini meskipun Indonesia tewas dalam ketiga-tiga final antara dua pasukan ini sebelum itu.



"Kami harus percaya dan menunjukkan persembahan 100 peratus... Mungkin ada orang fikir Thailand lebih kuat daripada Indonesia. Tapi, bola bulat dan jika kami percaya kami dapat membawa pulang trofi ini, tiada apa yang mustahil," kata penyerang kelab Slovakia FK Senica itu.



Final tahun ini ulangan final edisi 2016, yang berakhir dengan Thailand memenangi kejuaraan kelima mereka dengan menewaskan Indonesia 3-2 dari segi agregat.



Pasukan Gajah Perang ini menjadi pilihan untuk menjulang kejuaraan keenam mereka, sekali gus merampas semula gelaran pasukan bola sepak terbaik Asia Tenggara.



Ahad lalu Thailand menyingkir juara bertahan Vietnam 2-0 dari segi agregat pada peringkat separuh akhir.



Namun, jurulatih Thailand Alexandre Polking tidak mahu anak buahnya lalai dan mahu mereka fokus pada sasaran mereka - membawa pulang Piala Suzuki 2020.



"Terlalu awal untuk memanggil kami pasukan nombor satu (Asia Tenggara)… Kami ada dua perlawanan yang sangat, sangat mencabar. Jadi, itu adalah fokus kami," kata warga Jerman itu.



Thailand akan beraksi malam ini tanpa dua pemain utama - penjaga gol Chatchai Budprom, yang mengalami kecederaan lutut, dan pemain bek kiri Theerathon Bunmanthan, yang digantung dek kad kuning.



Pemain bek kiri Indonesia Pratama Arhan juga akan terlepas bermain dalam perlawanan pertama kerana menerima dua kad kuning dalam dua perlawanan sebelumnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >