Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

HOLLAND LAWAN CZECH & BELGIUM LAWAN PORTUGAL

Pertarungan dua penyerang berbisa apabila dua gergasi bertembung

Jun 26, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Belanda menjadi pasukan kegemaran untuk mara ke pusingan suku akhir Euro 2020, tetapi ia tidak begitu mudah bagi juara bertahan Portugal yang bakal berdepan pasukan nombor satu dunia Belgium dalam pusingan kelompok 16 terakhir.



Portugal nyaris bertahan dalam 'Group of Death' tetapi tugas mereka dalam kempen Kejohanan Eropah kali ini menjadi semakin sukar apabila bertemu Belgium di Stadium La Cartuja, Seville lusa.



Belgium kelihatan seperti pencabar kuat bagi kejuaraan ketika mencatat persembahan sempurna dalam pusingan kumpulan - tiga kemenangan daripada tiga perlawanan - dengan Romelu Lukaku dalam prestasi mantap menghasilkan tiga gol.



Portugal pula tidak kurang mengancam dalam serangan, dengan bintang Cristiano Ronaldo meledakkan lima gol dan satu 'assist' selepas tiga perlawanan, tetapi tampak goyang di bahagian pertahanan.



Meskipun itu, pemain pertahanan Belgium Toby Alderweireld tidak memandang rendah lawannya.



Beliau berkata: "Saya rasa mereka (Portugal) adalah pasukan yang sangat sukar untuk kalahkan, mereka mempunyai banyak kualiti, pasukan itu sangat padat, mereka tahu bagaimana untuk bermain dalam perlawanan besar dalam kejohanan besar. Dan mereka juga mempunyai banyak pengalaman, jadi saya fikir kami harus berada pada prestasi hebat untuk kalahkan mereka.



"Sudah tentu, semua orang bercakap tentang Cristiano Ronaldo, dia antara yang terbaik di dunia tetapi mereka tidak hanya ada dia tetapi juga pemain berkualiti di sampingnya, yang boleh cipta peluang untuknya."



Ronaldo akan sasar untuk menjaringkan gol antarabangsa ke-110 beliau lusa, iaitu jumlah gol terbanyak yang dicatat mana-mana pemain dalam sejarah.



Namun, Alderweireld menegaskan bahawa pasukan nombor satu dunia itu "sangat dahaga dan mahu mencapai" kejayaan di Euro 2020.



"Kami mempunyai cukup pengalaman bersama dan semua orang tahu apa yang harus dilakukan. Pemain yang akan beraksi akan bersedia," tambahnya.



Pengurus Portugal Fernando Santos bagaimanapun mengakui bahawa pasukannya sudah ketinggalan di belakang Belgium, sedang lawannya mempunyai tambahan rehat dua hari.



Belgium menamatkan pusingan kumpulan mereka Isnin lalu manakala perlawanan Portugal dengan Perancis selesai Rabu lalu.



"Rehat sudah tentu sangat penting. Kami harus sesuaikan diri pada perbezaan 48 jam ini untuk memastikan pemain segar untuk beraksi dalma perlawanan," kata Santos.



"Kita akan berdepan cuaca yang panas tetapi ia bukan kekurangan bagi kami. Kami akan pelajari lawan kami, kami sudah tahu mereka tetapi kami akan lihat apa yang telah berubah. Idea kami adalah untuk mara dalam pusingan Euro (2020)."



Belanda pula akan berentap lawan yang dianggap kurang mencabar, Republik Czech, di Budapest, dalam satu lagi perlawanan kelompok 16 terakhir lusa.



Georginio Wijnaldum akur perlawanan ini mungkin menjadi lebih sukar buat Belanda - sekiranya bertemu Portugal, Jerman atau Perancis - tetapi bersedia menghadapi perlawanan sengit menentang Republik Czech.



Keputusan Kumpulan F yang mendebarkan pada Rabu lalu bermakna Republik Czech adalah lawan Oranje.



"Tanpa merendahkan mereka, sebab ia adalah pasukan baik: ia tidak teruk. Sekiranya anda lihat jadual, pasukan kegemaran berada di laluan lain. Kami mungkin bertemu lawan hebat. Pada masa yang sama, ia tidak penting. Republik Czech adalah pasukan yang bagus dan kami mendekati mereka sebagai lawan hebat," kata Wijnaldum.



Belanda dalam prestasi baik setelah selesa melepasi pusingan kumpulan dengan sembilan mata penuh daripada tiga perlawanan manakala Republik Czech akan sasar mengulangi persembahan pasukan 2012 yang berjaya ke suku akhir. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >