Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PREVIU PERLAWANAN KUMPULAN D

Pertarungan Lewandowski-Messi kunci kemaraan Poland, Argentina

Nov 30, 2022 | 05:30 AM



KEDEDUA mereka diakui sebagai antara pemain paling hebat yang pernah mewarnai dunia bola sepak.



Di peringkat kelab, Robert Lewandowski dan Lionel Messi, telah memenangi segalanya sambil mewakili pasukan gergasi dunia.



Lewandowski merupakan pemain utama kelab Jerman, Bayern Munich, buat hampir sedekad sebelum berpindah ke Barcelona musim ini untuk menyertai proses membuka lembaran baru bagi kelab Sepanyol itu, manakala Messi pula menyarung jersi tersohor Barcelona selama 20 tahun, bermula pada usia 13 tahun.



Namun di peringkat antarabangsa, jangkaan bagi dua pemain ini berbeza.



Sedang Poland dan Lewandowski tidak pernah dianggap pasukan pilihan di mana-mana pertandingan antarabangsa, Messi dan Argentina pula menyertai setiap kejuaraan sebagai pasukan 'favourite' untuk menjulang takhta.



Dua pemain tersebut memiliki rasa hormat yang tinggi antara satu sama lain.



Lewandowski pernah menyifatkan Messi sebagai pemain terbaik dunia dan antara motivasinya untuk menyertai Barcelona, manakala Messi sering menzahirkan pandangannya bahawa penyerang Poland itu wajar diiktiraf sebagai penyerang terbaik yang pernah dilihat dunia.



Namun, walaupun dua pemain itu menghormati kehebatan masing-masing, namun dalam kalangan atlet elit dunia, terselindung sifat 'iri hati' yang mendalam.



Sifat yang baranya dibakar fitrah mereka yang kompetitif, fitrah yang memacu diri mereka menjadi tokoh sukan terhebat dunia. Yang membezakan mereka dengan 'insan biasa'.



Lantaran itu, dalam perlawanan malam ini (3 pagi, Khamis waktu Singapura), tiada yang lebih memuaskan hati kededua Lewandowski dan Messi, daripada melihat lawan mereka pulang dari Qatar dengan tangan kosong.



Tiga mata bagi sama ada Poland mahupun Argentina, akan memastikan kelayakan seterusnya. Kekalahan bagaimanapun mendedahkan mereka kepada risiko diatasi Arab Saudi atau Mexico - dua lagi pasukan dalam Kumpulan C. Malah, Argentina juga berdepan risiko terkeluar dari pertandingan sekiranya hanya mampu seri, dan Arab Saudi pula menewaskan Mexico.



Jurulatih Argentina, Lionel Scaloni, berkata keyakinan anak buahnya telah pulih setelah berjaya mengatasi Mexico, menyusuli kekalahan di tangan Arab Saudi dalam perlawanan pembukaan.



"Tentunya selepas perlawanan pembukaan, para pemain tertekan untuk mendapatkan keputusan yang positif dalam perlawanan kedua. Dalam perlawanan menentang Mexico, kami mempamerkan keupayaan pasukan yang sebenar dan ini banyak memberi pemain keyakinan untuk menyempurnakan tugas dalam perlawanan terakhir kumpulan nanti," ujarnya, semasa bertemu media selepas kemenangan 2-0 menentang Mexico hasil jaringan Messi dan Enzo Fernandez.



Bagi Poland pula, meskipun keputusan seri cukup untuk menjamin tempat mereka ke pusingan seterusnya, namun jurulatih pasukan, Czesław Michniewicz, berkata para pemain tahu risiko yang dihadapi sekiranya mereka bermain untuk keputusan seri.



"Ini adalah Piala Dunia, semua pasukan bersemangat untuk bermain pada tahap tertinggi dan melayakkan diri ke pusingan seterusnya. Kami harus menyaingi intensiti lawan kami kerana kami mempunyai senjata yang mencukupi di barisan penggempur untuk menghukum mana-mana juga pasukan," ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >