Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pertarungan takraw kembali ke Geylang Serai

Jul 19, 2022 | 5:30 AM
BELIA LELAKI BERENTAP: Aksi perlawanan dalam kategori belia lelaki bawah 18 tahun Pesta Sukan Sepak Takraw 2022 di Anjung@WGS, semalam. - Foto BH oleh ZULAIQAH ABDUL RAHIM
BELIA LELAKI BERENTAP: Aksi perlawanan dalam kategori belia lelaki bawah 18 tahun Pesta Sukan Sepak Takraw 2022 di Anjung@WGS, semalam. - Foto BH oleh ZULAIQAH ABDUL RAHIM -

SETELAH dua dekad sukan tradisional ini dimainkan di Bedok, sepak takraw kembali ke Geylang Serai, semalam.

Sejak lewat petang semalam, enam pasukan belia berentap dalam gelanggang di Anjung@WGS. Ruang masyarakat baharu di Geylang Serai itu dibuka bulan ini.

Persaingan bagi kategori belia lelaki bawah 18 tahun itu juga membuka tirai kejohanan Pesta Sukan Sepak Takraw 2022, yang berlangsung semalam hingga 7 Ogos ini.

Lima lagi kategori - belia lelaki bawah 14 tahun serta 16 tahun, terbuka lelaki, masters lelaki dan terbuka wanita - akan dipertandingkan dalam kejohanan selama dua minggu itu.

Edisi kali ini, yang kembali diadakan selepas "berehat" selama dua tahun dek pandemik Covid-19, juga menyaksikan rekod bilangan peserta.

Secara keseluruhan, 717 peserta bersaing dalam kejohanan tahun ini, menurut Persekutuan Sepak Takraw Singapura (Perses).

Beberapa perlawanan juga diadakan di dewan sukan Heartbeat@Bedok.

Perses, yang ditubuhkan pada 1960, bertapak di 286 Jalan Eunos pada 1975 hingga 1968 sebelum berpindah ke 1 Jalan Pasar Baru (Geylang Serai).

Pada 2002, badan pentadbir sepak takraw negara itu berpindah ke bangunan Pusat Kecemerlangan Bedok, yang juga menempatkan Persekutuan Silat Singapura.

Empat tahun kemudian, Perses bertapak di Heartbeat@Bedok, yang sehingga kini menjadi ibu pejabat persatuannya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg