Topik diikuti
Pergi ke BHkuPertembungan adik-beradik di padang bola
Aug 20, 2018 | 5:30 AM
Pertembungan adik-beradik di padang bola
Walaupun sudah biasa bersaing mesra sejak kecil lagi di padang bola sepak, pasangan adik-beradik, Amir Hafiz Rohaimi dan Fikri Amin Rohaimi tidak membayangkan mereka akan bertemu di final Kejohanan Bola Sepak Nasional (Divisyen A) baru-baru ini.
Akhirnya, Amir Hafiz, 16 tahun yang mewakili Maktab Rendah Victoria (VJC) meninggalkan padang sebagai juara, selepas pasukannya merampas kejohanan daripada juara bertahan sejak empat tahun lalu, Maktab Rendah Meridian (MJC). Fikri Amin, 18 tahun menganggotai pasukan MJC.