Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA JUARA-JUARA EROPAH

Pertembungan dua gergasi

Pertarungan antara Liverpool, Real Madrid mungkin lebih berpihak kepada anak didik Juergen Klopp
May 28, 2022 | 06:18 AM



LONDON: Apa sahaja boleh berlaku dalam bola sepak, tetapi pertarungan antara Liverpool dengan Real Madrid dalam final Liga Juara-Juara Eropah dini hari nanti mungkin lebih berpihak kepada anak didik Juergen Klopp.



Ini kerana Jordan Henderson dan rakan sepasukannya telah memupuk budaya kemenangan dalam pasukan yang dicapai dalam situasi terdesak dan dalam keadaan 'huru-hara'.



Berbeza dengan Chelsea, Manchester City dan Paris Saint-Germain - lawan Real di peringkat awal - yang lebih menyerlah dalam perlawanan yang terkawal dan dikuasai oleh mereka sendiri, Liverpool menyerlah apabila mereka terdesak dan mungkin apabila mereka ketinggalan dalam perlawanan.



Ini ditunjukkan baru-baru ini apabila Liverpool ketinggalan 0-1 kepada Wolves dalam perlawanan terakhir Liga Perdana England (EPL) musim ini.



Mohamed Salah dan rakan sepasukannya bangkit untuk memenangi perlawanan 3-1, tetapi terlepas meraih kejuaraan liga kerana City turut memenangi perlawanan mereka.



Dalam EPL, tiada pasukan lebih baik daripada Liverpool yang boleh bangkit dari ambang kekalahan. Ia telah meraih 20 mata sepanjang musim dalam perlawanan di mana ia ketinggalan.



Namun, Real juga telah menunjukkan ia mampu bangkit dari keadaan yang terdesak.



Lihat sahaja bagaimana ia menewaskan City di peringkat separuh akhir.



Walaupun ketinggalan bagi kebanyakan tempoh permainan, Real bangkit di penghujung perlawanan untuk menyamai kedudukan dan akhirnya menjaringkan gol kemenangan dalam masa tambahan.



Namun, keupayaan Real bangkit dari keadaan terdesak itu bukan lah berdasarkan keinginan kolektif untuk menang, tapi kecemerlangan individu.



Rodrygo, bintang dari Brazil yang pada satu masa dahulu juga dipikat Klopp untuk menyertai Liverpool, menunjukkan bakat luar biasa untuk menjaringkan dua gol, sementara pemain veteran Karim Benzema menjaringkan gol kemenangan.



Juruanalisis bola sepak dengan BBC, Gary Lineker berkata keputusan itu memang menakjubkan dan menunjukkan Real mempunyai pemain yang boleh mengubah permainan dalam masa sesaat.



"Anda tidak boleh bersikap sambil lewa apabila berdepan dengan Real kerana mereka mempunyai pemain yang boleh memenangi perlawanan dengan satu sentuhan," kata Lineker, bekas pemain England yang pada satu masa dahulu digeruni sebagai antara penjaring gol terhebat di dunia.



Mengulas mengenai sikap juang dan tidak mahu kalah yang ditunjukkan oleh pemainnya baru-baru ini, Klopp berkata mereka adalah 'mentality monsters' atau orang yang mempunyai kekuatan mental luar biasa.



"Saya tabik kepada mereka... semua anggota pasukan, daripada pemain dalam kesebelasan utama dan pemain lain, telah menunjukkan keupayaan luar biasa untuk bangkit dan bermain bermati-matian, tidak kira bila mereka diminta berbuat demikian.



"Sebagai jurulatih, inilah yang saya harapkan... supaya pemain bermati-matian untuk memenangi perlawanan," ujar Klopp.



Liverpool mempunyai satu lagi 'kelebihan' ke atas Real menjelang final ini, iaitu sejarah yang tidak berpihak kepada mereka.



Semasa kededua pasukan bertemu di final pertandingan sama pada 2018, Salah tidak dapat meneruskan permainan selepas dikasari oleh Sergio Ramos dan bersama kesilapan penjaga gawang sendiri, Real memenangi final itu.



Bercakap kepada media baru-baru ini, Sadio Mane berkata beliau belum lupa urutan perkara yang berlaku di final itu.



"Mungkin orang lain telah lupa... tapi kami tidak lupa. Pada malam itu, mungkin pasukan yang lebih baik telah menang.



Namun kali ini, keadaan pasti berbeza," ujar beliau.



Dalam pada itu, Benzema berkata pemain Liverpool bersikap terlalu yakin dan ini akan membawa padah.



"Mereka sangka mereka akan menang final apabila melangkah ke padang.... itu tidak akan berlaku," kata Benzema, yang telah menjaringkan 15 gol dalam 11 perlawanan Liga Juara-Juara, termasuk lima 10 gol dalam lima perlawanan terakhir.



"Sebaliknya, saya rasa Klopp dan pasukannya tidak banyak berubah dari tahun-tahun yang sudah dan cara mereka bermain boleh diramalkan.



Ini juga akan mendatangkan padah." - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >