Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Peruncit sukan Decathlon buka gedung kedai 24 jam

Jan 22, 2019 | 05:30 AM



SEBUAH robot yang mengurus inventori dalam kedai yang dibuka 24 jam, sebidang tanah dalam kawasan tertutup dengan empat permukaan lantai berbeza bagi menguji kasut, dan tali sawat penyampai (conveyor belt) dalam kedai bagi menghantar produk sejurus ia dipesan secara dalam talian.



Sebelum ini kesemua ciri itu mungkin satu imaginasi sahaja.



Namun kini semua itu wujud di cawangan terbaru peruncit barangan sukan Perancis, Decathlon, yang dibuka Sabtu lalu, lapor The Straits Times.



Diberi nama Decathlon Singapore Lab dan terletak di Stadium Boulevard, gedung kedai itu dijangka memberi pengalaman baru di Singapura menerusi ruang runcitnya yang seluas 5,000 meter persegi.



Antara yang disediakan termasuk mengembara dengan permukaan lantai berkelikir bagi menguji produk yang dijual.



Kedai itu juga menyediakan Makmal Kesihatan Aktif dengan kerjasama Sport Singapore, di mana pengguna boleh menjalani ujian kesihatan secara percuma.



Terdapat ruang permainan percuma bersebelahan kedai itu juga, dan sebuah sawat penyampai menguruskan tempahan dalam talian agar Decathlon boleh menghantar senarai lengkap produknya di Singapura dalam tempoh dua jam.



Mereka yang membeli belah juga boleh buat tempahan dalam talian dan mengambil terus barangan mereka di kedai yang diinginkan dalam tempoh dua jam, secara percuma.



Ketua Eksekutif Decathlon Singapore, Encik Yves Claude, berkata kedai tersebut telah dinamakan sebagai Decathlon Singapore Lab kerana sebuah makmal dianggap sebuah tempat yang mengganggu dan berinovasi di mana huraian baru diuji.



"Kami perlu beri sebab kepada pelanggan mengapa mereka perlu kembali ke kedai kami," katanya.



Decathlon Singapore Lab merupakan cawangan keempat kedai Decathlon di sini.



Sebelum ini, ruang pamerannya di Joo Koon seluas 4,000 meter persegi merupakan yang terbesar.



Syarikat itu juga mempunyai dua kedai lain.



Pada 2017, ia menerima sehingga dua juta pengunjung di ketiga-tiga kedainya yang terletak di Viva Business Park di Bedok, City Square Mall dan FairPrice Hub di Joo Koon.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >