Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pesilat Farhan menangi pingat emas hatrik dalam temasya Sukan SEA

May 11, 2023 | 5:30 AM
RAJA EMAS: Pesilat Singapura Sheik Farhan Sheik Alau'ddin memenangi pingat emas ketiganya dalam Sukan SEA 2023 pada Rabu. - Foto MAJLIS SUKAN SINGAPURA
RAJA EMAS: Pesilat Singapura Sheik Farhan Sheik Alau'ddin memenangi pingat emas ketiganya dalam Sukan SEA 2023 pada Rabu. - Foto MAJLIS SUKAN SINGAPURA -

Dari Phnom Penh, Kemboja

PESILAT Singapura, Sheik Farhan Sheik Alau'ddin, sekali lagi cemerlang di pentas Sukan SEA.

Di Dewan E Pusat Konvensyen Chroy Changvar pada Rabu, juara dunia empat kali itu berjaya memenangi hatrik pingat emas dalam temasya sukan itu selepas menguasai lawan dari Malaysia, Robial Sobri 42-11 dalam perlawanan akhir kelas I putera (85-90kg).

Farhan, 25 tahun, pernah meraih emas dalam kelas J putera (90-95kg) pada edisi 2017 dan 2021.

Meskipun sudah berkali-kali naik ke podium selaku juara, Farhan, yang dilihat mengukir senyuman ketika menyambut kemenangannya dalam gelanggang, memberitahu Berita Harian bahawa emas di Sukan SEA 2023 adalah "pencapaian yang terbesar" pernah diraih.

"Sebelum pertandingan, banyak perkara yang kami atlet melalui - daripada jatuh sakit, kecederaan, keputusan juri, pengurusan (pertandingan) yang teruk dan cuaca buruk...Tetapi, saya ingin menjadi lebih hebat daripada semua itu," kata beliau.

Ketua pegawai eksekutif Persekutuan Silat Singapura (Persisi) Sheik Alau'ddin Yacoob Marican mendedahkan bahawa Farhan dijangkiti Covid-19 sebelum bertanding di Kemboja.

Kemenangan Farhan pada petang Rabu menyempurnakan pungutan pingat dua emas, tiga perak dan lima gangsa skuad silat Singapura dalam Sukan SEA 2023.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg