Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pesilat negara menang 16 pingat emas di Terbuka Amerika Syarikat

Jun 23, 2019 | 09:00 PM



 



 



PESILAT negara meneruskan momentum kemenangan di luar negeri selepas ia memenangi 18 pingat - termasuk 16 emas - di Kejohanan Pencak Silat Terbuka Amerika Syarikat pertama yang berakhir semalam.



Keputusan menggalakkan itu diraih selepas pasukan silat nasional memenangi sembilan pingat - termasuk tiga emas -  di Terbuka Korea Selatan awal bulan ini dan 14 pingat (lima emas) di Terbuka Belgium bulan lalu.



Antara yang menggondol pingat emas di kejohanan pencak silat yang diadakan di Washington DC itu ialah dua juara dunia bertahan Nurul Suhaila Mohd Saiful dan Sheik Ferdous Sheik Alau’ddin.



Dihubungi Berita Harian (BH) Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persekutuan Pencak Silat Singapura (Persisi), Sheik Alau’ddin Yacoob Marican berkata pengalaman beraksi di Amerika itu adalah amat berharga bagi pasukannya.



“Kemenangan bukan segala-galanya, tetapi ia segala-galanya bagi atlit,” ujar Sheik Alau’ddin.



“Dari segi prestasi pesilat, kami amat gembira dan kini kami lebih memahami tentang cabaran yang perlu diatasi bagi memperbaiki prestasi dalam keadaan lain dan di kejohanan lain,” kata beliau, yang berkata pertandingan itu akan dianggap sebagai persiapan menjelang Sukan SEA akhir tahun ini.



Singapura menghantar 22 pesilat lelaki dan perempuan yang beraksi dalam acara tanding dan seni.



Pasukan dijadual pulang ke Singapura pada 26 Jun.



Lebih 100 pesilat dari serata dunia menyertai acara pencak silat pertama di Amerika itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >