Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

KEJOHANAN PENCAK SILAT SEDUNIA KE-19

Pesilat SG, Iqbal terus berjuang mara ke suku akhir

Jul 28, 2022 | 07:42 AM



SETELAH menunggu hampir dua jam, juara bertahan dunia Muhammad Iqbal Abdul Rahman merasa lega dapat akhirnya beraksi dalam gelanggang dan memulakan kempennya dalam Kejohanan Pencak Silat Dunia 2022 dengan kemenangan.



Di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) tengahari semalam, persembahan Iqbal dinilai 9.950 mata untuk menewaskan Belouad Ayoub. Pesilat Algeria itu hanya mampu memungut 9.850 mata.



Ditemui selepas kemenangannya, Iqbal, 28 tahun, yang pada Mei lalu juga dinobat juara dalam Sukan SEA Hanoi, berkata:



"Ia rasa hebat dapat kembali beraksi dalam gelanggang selepas Sukan SEA…Perlawanan pertama selalunya yang paling sukar tapi saya berpuas hati dengan persembahan dan sudah berikan segalanya."



Hari pertama saingan bagi edisi ke-19 kejohanan dwitahunan itu dicemar oleh kelewatan hampir dua jam.



Perlawanan asalnya dijadual berlangsung pada 10 pagi semalam namun hanya dimulakan pada sekitar 11.45 pagi.



Difahamkan kelewatan itu disebabkan oleh salah komunikasi mengenai jadual waktu perlawanan, yang menyebabkan beberapa pasukan bagi acara tanding semalam lambat hadir bagi sesi menimbang berat badan pada sebelah pagi.



Para pesilat dikehendaki melaporkan diri di MITC pada 8 pagi untuk mengambil berat badan mereka.



Beberapa pesilat dikatakan gagal memenuhi syarat berat badan bagi acara kelas mereka dan harus disingkirkan.



Namun, keadaan itu menimbulkan rasa tidak puas hati dan menyebabkan bantahan antara pasukan dengan pegawai teknikal.



Pada sekitar 10 pagi, para penganjur juga dilihat menukar dan memperbetulkan tikar pada beberapa bahagian gelanggang.



Iqbal menambah bahawa kelewatan pada jadual perlawanan "sedikit mengganggu" rutin persiapannya.



"Saya sampai rasa lapar ketika memanaskan badan," kongsinya.



"Sebagai atlet, kami mempunyai rutin kami sendiri dan perlu mematuhinya. Tapi, secara mental, ia tidak mengganggu saya sebab sudah menjangka perkara sebegini akan berlaku ketika bersaing di luar negara."



Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Silat Singapura (Persisi) Sheik Alau'ddin Yacoob Marican pula menganggap kelewatan itu sebagai "tidak boleh diterima".



"Apabila anda kata perlawanan bermula pada 10 pagi, anda harus memulakannya pada waktu ditetapkan. Ini bermakna pasukan harus melaporkan diri seawal 7 atau 8 pagi supaya mempunyai sekitar dua jam untuk membuat persiapan…Tapi, itulah lumrah menganjurkan acara," ujarnya.



Meskipun itu, Sheik yakin kejohanan dapat diselesaikan pada Ahad ini, mengikut jadual asal.



Menurut beliau, pertandingan selama lima hari yang menggunakan dua arena pada masa yang sama cukup untuk mengelolakan kesemua 32 acara yang dipertandingkan dalam edisi kejohanan kali ini.



Seorang lagi pesilat Siti Nazurah Mohd Yusoff turut berhasil semalam.



Beliau mara ke suku akhir acara seni tunggal puteri selepas mengalahkan warga Kazakhstan, Traize Regina. Persembahan pusingan saringan Nazurah mendapat 9.930 mata, berbanding lawannya, 9.855 mata.



Sehingga akhbar ini dicetak, Singapura turut diwakili dalam 10 lagi acara seni serta tanding putera semalam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >