Premium
Peter Lim disambut bagai wira di Valencia
Oct 29, 2014 | 5:30 AM
HERO VALENCIA: Pemilik baru Valencia, Peter Lim (kanan), dan presiden kelab, Amadeo Salvo, bergambar di depan Stadium Mestalla sebelum perlawanan menentang Elche Sabtu lalu. Kehadiran Lim disambut meriah ribuan penyokong kelab itu. - Foto AFP -
VALENCIA (Sepanyol): Hartawan Singapura, Peter Lim, mendapat sambutan hangat bagai wira daripada penyokong kelab Valencia di Stadium Mestalla Sabtu lalu apabila beliau hadir untuk menyaksikan kelab yang baru dibelinya itu mencatat kemenangan 3-1 ke atas Elche dalam pertandingan La Liga Sepanyol.
Ketibaan Lim, 60 tahun, yang dianggap sebagai penyelamat Valencia daripada beban hutang, disambut ribuan penyokong yang memanggil- manggil namanya sejurus beliau memasuki Stadium Mestalla dengan berkereta.

