Peter Lim ikrar $20j bantu kanak-kanak kurang kemampuan capai potensi
Premium
Peter Lim ikrar $20j bantu kanak-kanak kurang kemampuan capai potensi
Juga terus sumbang tambahan $10 juta kepada pembangunan atlit muda S'pura bagi Biasiswa Peter Lim Yayasan Olimpik Singapura
Jul 4, 2019 | 5:30 AM
SUMBAN DERMA: Encik Heng (dua dari kiri) menyampaikan cenderahati kepada Encik Peter Lim sewaktu majlis penyampaian Biasiswa Yayasan Olimpik Singapura (SOF)-Peter Lim di Politeknik Temasek semalam. Turut hadir ialah Encik Ng Ser Miang (kanan) dan Speaker Parlimen Encik Tan Chuan-Jin (kiri). - Foto BH oleh GIN TAY -
HARTAWAN Singapura Peter Lim berikrar untuk terus menyumbang kepada pembangunan atlit muda Singapura dengan mendermakan tambahan $10 juta bagi Biasiswa Peter Lim Yayasan Olimpik Singapura (SOF) untuk jangka masa 10 tahun dari 2021 hingga 2030.
Ahli niaga dan dermawan berusia 66 tahun itu juga akan menyalurkan $20 juta terhadap sebuah projek kemasyarakatan bagi membantu kanak-kanak kurang berkemampuan mencapai potensi penuh mereka.

