Topik diikuti
Pergi ke BHkuPetinju belum pasti rancangan selepas kecewa di Sukan SEA
Jun 18, 2015 | 5:30 AM
Petinju belum pasti rancangan selepas kecewa di Sukan SEA
HARAPAN petinju negara Muhamad Ridhwan Ahmad mahu menamatkan kemarau emas 30 tahun bagi Singapura dalam tinju tidak kesampaian apabila langkahnya tersandung di pusingan separuh akhir Sukan SEA yang melabuhkan tirainya kelmarin.
Kekalahan itu begitu pahit sekali bagi petinju berusia 28 tahun itu yang akui telah membuat persiapan baik dan menyeluruh sejak temasya dua tahun lalu di Myanmar.