Petinju MMA mahu jadi juara hanya selepas 'asah' kemahiran
Premium
Petinju MMA mahu jadi juara hanya selepas 'asah' kemahiran
Nov 14, 2018 | 5:30 AM
BELAJAR DARI KEKALAHAN: Tiffany Teo berkata beliau mempelajari banyak perkara daripada kekalahan di tangan Xiong Jingnan dari China. - Foto BH oleh NG SOR LUAN -
RAMAI petinju yang mungkin berasa tidak sabar untuk merebut peluang bergelar juara, terutama sekali selepas kalah, untuk membuktikan kehandalan mereka.
Bagaimanapun, peninju seni mempertahankan diri campuran (MMA) Tiffany Teo, berasa beliau hanya boleh berbuat demikian selepas 'mengasah' kemahirannya itu melalui beberapa kemenangan dalam perlawanan lain, lapor The Straits Times.

