Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

MENJELANG SUKAN SEA

Petinju negara ke Thailand bagi persiapan Sukan SEA

Mar 26, 2022 | 05:30 AM



DEMI mempersiapkan diri untuk kejohanan Sukan SEA 2022 di Hanoi, Vietnam, petinju negara Mohamed Hanurdeen Hamid dan Muhammad Dinie Hakeem Abdul Rahman akan berangkat ke Thailand hari ini untuk beraksi di satu kejohanan tinju antarabangsa di sana.



Kejohanan Tinju Antarabangsa Terbuka Thailand itu merupakan salah satu acara unggul sukan itu yang menarik penyertaan negara-negara tinju terkemuka seperti Cuba, China, India, Italy, Filipina dan Australia.



Sekitar 25 negara serantau dunia bakal bertanding di edisi kejohanan tahun ini yang berlangsung dari 1 hingga 10 April.



Setiap peserta juga berpeluang sparring atau berlatih bersama seminggu sebelum kejohanan itu bermula.



Bagi Dinie Hakeem, 24 tahun, ia memberikan peluang bagi beliau untuk menunjukkan kebolehannya di gelanggang setelah hampir lima tahun menyepi di kejohananan antarabangsa.



"Saya hanya ingin mencatatkan yang terbaik dan bertemu dengan pencabar terbaik dari negara lain. Saya juga berharap pertandingan ini akan membantu saya nanti dalam Sukan SEA.



"Sekurang-kurangnya jika dapat bertemu dengan peserta dari negara tinju yang lebih, ia tentu sekali pengalaman yang baik dalam usaha saya terus persiap diri sebelum aksi di Sukan SEA," ujar beliau yang memenangi pingat gangsa di Sukan SEA 2017 di Malaysia.



Dinie Hakeem percaya akan kebolehannya sendiri di gelanggang dan menyasarkan pingat pada Sukan SEA Vietnam nanti.



"Saya rasa saya mempunyai peluang baik menang pingat kerana dalam kategori kelas saya, tidak ramai pesaing.



"Oleh itu, saya memberi tekanan kepada diri saya untuk memenangi sesuatu," kata petinju itu yang baru-baru ini menenangi Kejohanan Nasional Persekutuan Tinju Singapura (SBF) dalam kelas superfly (atas 91 kilogram).



Kejohanan di Thailand ini juga bakal menjadi peluang bagi Hanurdeen, yang beraksi dalam kelas feather, untuk meningkatkan prestasi sebelum bertanding di Sukan SEA nanti.



"Ia baik kerana saya akan dapat pelbagai rakan sparring dari negara lain yang handal.



"Saya berharap dapat seseorang petinju yang kidal kerana ia akan memberikan saya pengalaman yang berbeza," katanya yang baru sahaja kembali dari latihan dua minggu di Sri Lanka yang ditaja oleh Nomanbhoy & Sons Pte Ltd.



Hanurdeen, 28 tahun, juga ingin menebus kekecewaannya di Sukan SEA sebelum ini dan menyasarkan tempat di final dalam temasya dwitahunan di Vietnam itu nanti.



Malah, ketua jurulatih tinju negara, Syed Abdul Kadir, turut menaruh harapan kededua anak didiknya itu dapat mencapai matlamat masing-masing.



"Hanurdeen telah menyertai beberapa Sukan SEA dan telah memenangi sebutir perak dan dua pingat gangsa. Dinie Hakeem juga pernah memenangi gangsa untuk kami pada 2017.



"Saya harap kali ini warna pingat bagi kedua-duanya akan bertukar pula," kata legenda tinju negara itu.



Kali terakhir Singapura memenangi pingat emas dalam acara tinju adalah pada Sukan SEA 1985 di Bangkok menerusi Mohammed Mukhlis Amat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >