Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN TINJU TENDANG

Petinju tendang negara Nazri mahu raih emas di Sukan SEA selepas kemenangan di Eropah

May 12, 2023 | 05:30 AM



BAGI atlet tinju tendang (kickboxing) negara Nazri Sutari, kekalahannya di tangan Lvay Chhoeung dari Kemboja dalam perlawanan suku akhir acara tinju tendang pada Sukan SEA 2021 hanyalah tamparan sementara dan beliau telah meletakkan harapan untuk kembali lebih kuat.



Beliau pernah menggondol emas dalam acara sambo pada Sukan SEA 2019 dan sekali lagi ingin meraih pencapaian serupa pada edisi kali ini.



Harapan tersebut semakin hampir setelah beliau memenangi pingat perak dalam acara sepakan rendah (low kick) Bawah 71 kilogram di Piala Eropah Pertubuhan Tinju Tendang Sedunia (Wako) di Sarajevo, Bosnia dan Herzegovina, pada Ahad.



Beliau tewas dalam peringkat akhir kepada juara bertahan kategori itu, Nemanja Cadjenovic, dari Montenegro.



Keputusan itu adalah peningkatan daripada pingat gangsa yang dimenanginya di Terbuka Balkan Wako pada Oktober 2022.



Menurut laporan The Straits Times, beliau baru-baru ini melalui kem latihan selama tujuh minggu di Serbia menjelang Sukan SEA Kemboja.



Beliau mengetepikan sekurang-kurangnya sejam sebelum setiap sesi untuk mencatatkan objektif latihan tertentu, seperti gerak-geri badan, tingkah laku dan keadaan mental.



Nazri berkata: "Saya boleh katakan bahawa sebab di sebalik peningkatan saya adalah etika kerja saya.



"Saya ke Eropah hanya untuk beberapa bulan dan saya tidak ingin membuang masa kerana saya tidak boleh mengulang kembali kualiti pertarungan (di Serbia) berbanding Singapura.



"Jadi bagi setiap sesi latihan, saya pastikan saya berlatih dengan satu matlamat dan berintensiti."



Latihan Nazri yang menelan belanja sekitar $10,000 sebahagiannya dibiayai di bawah geran spexGLOW.



Geran tersebut diberikan kepada atlet terpilih yang mengikuti program latihan sepenuh masa sebelum temasya sukan utama.



Beliau, yang bertanding dalam sambo - seni mempertahankan diri yang serupa dengan judo dan ju-jitsu - pada 2019, berkecimpung dalam pelbagai bentuk seni bela diri seperti gusti, 'grappling' dan muay thai sebelum beralih kepada tinju tendang.



Menurutnya, disiplin itu mempunyai laluan lebih jelas dengan lebih banyak pertarungan dalam kalendar pertandingan.



Justeru, pada Sabtu, beliau akan cuba merealisasikan impian untuk mendapatkan emas pertama negara dalam sukan tinju tendang di Sukan SEA Kemboja.



Walaupun berdepan dengan keletihan dan lesu jet - beliau pulang dari Eropah pada Selesa malam dan berlepas ke Phnom Penh kurang 24 jam kemudian - Nazri menegaskan beliau berada dalam keadaan baik.



"Dari segi kecergasan fizikal, saya masih berada pada tahap baik kerana saya telah melakukan banyak latihan. Apa yang saya boleh kawal (di Sukan SEA Kemboja) adalah kebolehan saya sendiri," tambahnya.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >