Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Phil Neville jurulatih baru kelab MLS milik bersama Beckham

Jan 20, 2021 | 5:30 AM
CABARAN BARU: Selepas meninggalkan jawatannya sebagai jurulatih pasukan bola sepak wanita England, Phil Neville kini mengambil cabaran baru mengendalikan pasukan MLS, Inter Miami. - Foto AFP
CABARAN BARU: Selepas meninggalkan jawatannya sebagai jurulatih pasukan bola sepak wanita England, Phil Neville kini mengambil cabaran baru mengendalikan pasukan MLS, Inter Miami. - Foto AFP -

MIAMI: Beberapa jam selepas meninggalkan tugasnya sebagai pengurus skuad wanita Engand, Phil Neville diumum sebagai jurulatih Inter Miami, kelab Liga Bola Sepak Major (MLS) yang dimiliki bersama bekas rakan sepasukan di England dan Manchester United, David Beckham.

Awal bulan ini, Miami memecat pengurus Diego Alonso selepas mengharungi kempen mengecewakan pada penampilan sulung kelab itu di MLS, hanya memenangi tujuh daripada 23 perlawanan.

Neville, 43 tahun, sepatutnya meninggalkan tugas mengendalikan skuad wanita England pada Julai tahun lalu selepas kontraknya tamat.

"Saya teruja dengan peluang yang diberi selaku jurulatih Inter Miami dan mahu bekerjasama bersama keseluruhan pemilik kelab," kata Neville.

"Kelab ini masih baru dan saya komited untuk mencabar diri saya, pemain dan setiap orang di sekeliling saya untuk membentuk pasukan lebih kompetitif."

Beckham dan Neville antara pemilik bersama kelab Liga Dua Salford.

"Saya mengenali Phil sejak zaman remaja di Akademi Manchester United," kata Beckham.

"Kami berkongsi DNA bola sepak sama selepas dilatih oleh barisan jurulatih terbaik dan semua nilai itulah yang saya mahu terapkan dalam kelab ini.

"Saya mengenali mutu dirinya sebagai seorang individu yang setia dan jujur serta mempunyai etika kerja bagus." - AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg