Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK ENGLAND - PEMINDAHAN PEMAIN

Phillips jadi 'muka baru' ketiga bagi Man City musim depan

Pemain midfield England tinggalkan Leeds bagi sahut tawaran yang sukar ditolak - sertai pasukan juara EPL pimpinan Guardiola
Jul 06, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Manchester City telah mendapatkan khidmat pemain midfield Leeds United, Kalvin Phillips, dengan bayaran £45 juta ($76.1 juta).



Pemain antarabangsa England berusia 26 tahun itu telah menandatangani kontrak selama enam tahun dengan juara Liga Perdana England (EPL) itu.



Beliau menjadi 'muka baru' ketiga yang akan menyarung jersi City pimpinan Pep Guardiola selepas pasukan itu berjaya dapatkan khidmat dua dua pemain lain - Erling Haaland dan Stefan Ortega Moreno.



"Saya amat teruja dapat sertai Manchester City.



"Sekali lagi City membuktikan kemampuan menjadi pasukan terbaik di negara ini," kata Phillips.



Phillips yang membuat 235 penampilan sepanjang lapan musim di Elland Road masih mempunyai kontrak dua tahun dengan Leeds.



Beliau berkata City mempunyai skuad handal dan pengurus yang sesuai untuk menjadi yang terbaik di dunia.



Beliau menambah:



"Untuk bermain di bawah pimpinan Pep Guardiola dan belajar daripadanya serta staf kejurulatihannya, selain menjadi sebahagian daripada skuad hebat ini merupakan prospek yang saya rasa teruja sekali."



Phillips membuat penampilan antarabangsa pada September 2020 dan dinamakan sebagai pemain terbaik England bagi musim 2020 hingga 2021, selepas beliau tampil dalam setiap perlawanan Euro 2020 yang tertangguh.



Beliau merupakan antara pemain utama dalam skuad Leeds kendalian Marcelo Biesla, dan telah bermain sebanyak 37 kali dalam Liga Kejuaraan semasa musim antara 2019 dengan 2020 apabila Leeds dinaikkan ke Liga Perdana selepas 16 tahun.



Beliau telah menghabiskan tempoh yang lama sebagai pemain gantian musim lalu menyusuli masalah kecederaan dan hanya tampil 20 kali dalam perlawanan liga.



Pengarah bola sepak Manchester City, Txiki Begiristain, berkata:



"Kebolehannya 'membaca' permainan, di samping kemampuannya membuat umpanan, tenaganya serta semangatnya menjadikannya bakat sesuai dan beliau mempunyai dorongan hebat untuk menang.



"Kami rasa beliau boleh menjadi pemain lebih hebat lagi dalam skuad kami dan beliau akan dapat menambah nilai kepada permainan kami."



Sementara itu, dalam surat terbukanya kepada Leeds dan para peminat pasukan itu selepas pemindahannya disahkan, beliau memuji Bielsa.



"Saya tidak boleh memuji Leeds tanpa menyebut nama seorang yang istimewa - Marcelo.



"Beliau pengurus terbaik yang pernah saya temui.



"Beliaulah orang yang menyuntik semangat kepada kelab, beliau beri para pemain dan semua yang terlibat dalam kelab itu kepercayaan bahawa kami mampu kembali ke Liga Perdana selepas 16 tahun.



"Bukan sahaja anda berikan segalanya buat kelab, tapi anda juga berikan saya sesuatu yang saya perlukan untuk menjadi lebih baik - di dalam dan luar padang." - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >