Piala AFC: Tampines Rovers kalahkan juara Bangladesh 4-0, Berita Sukan - BeritaHarian.sg
Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:07
Asar
4:32
Maghrib
7:12
Isyak
8:27

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan0

Piala AFC: Tampines Rovers kalahkan juara Bangladesh 4-0

Feb 24, 2016 | 07:43 AM

Tampines Rovers dengan selesa menewaskan juara bertahan Liga Perdana Bangladesh Sheikh Jamal Dhanmondi 4-0 dalam perlawanan pembukaan Piala AFC mereka di Stadium Jalan Besar pada Selasa (23 Feb).

Seawal minit kedua, helah cantik pemain bintang Jermaine Pennant mendapati Fabian Kwok tidak terkawal lalu menghantar bola untuk Billy Mehmet dengan mudah menjaringkan gol.

Tampines menggandakan kedudukan pada minit ke-33, apabila bek kiri Hafiz Abu Sujad diberikan masa dan ruang di dalam kotak penalti untuk mengangguk bola hantaran lintang Mehmet.

Pada minit ke-52, Pennant terlibat sekali lagi apabila tendangan sudutnya ditolak melepas pintu gawang oleh Afiq Yunos dari jarak dekat.

Kedudukan menjadi 4-0 hampir satu minit kemudian, selepas gol sendiri oleh pemain pertahanan Sheikh Jamal, Topu Barman.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Dalam perlawanan lain Kumpulan E, juara bertahan Piala Malaysia, Selangor, hanya mampu seri 2-2 dengan juara liga Filipina, Ceres La Salle.

Tampines akan ke Malaysia seterusnya untuk menghadapi Red Giants dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan Piala AFC mereka pada 8 Mac, manakala Sheikh Jamal akan menyambut Ceres La Salle pada hari sama.

Satu lagi wakil Singapura dalam Piala AFC, Balestier Khalsa, seri 2-2 dengan New Radiant SC dari Maldives.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map