SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Piala AFF Suzuki: Filipina tundukkan Singapura 1-0

Piala AFF Suzuki: Filipina tundukkan Singapura 1-0

Nov 14, 2018 | 12:44 AM

Piala AFF Suzuki: Filipina tundukkan Singapura 1-0

Foto: AFP
Foto: AFP -

SETELAH bertahan sepanjang perlawanan, Singapura tewas di tangan pasukan tuan rumah 1-0 di Stadium Panaad, Bacolod sebentar tadi (13 November).

Kededua pasukan saling membalas serangan dalam perlawanan sengit yang turut menyaksikan beberapa kad kuning dilayangkan dan kecederaan yang dialami pemain skuad Singa dan Azkals.

Namun kebuntuan gol akhirnya dipecahkan pada minit ke-78 menerusi jaringan penyerang Patrick Reichelt yang menggelecek benteng pertahanan Singapura sebelum menendang bola melepasi Hassan Sunny.

Seramai 4,327 penyokong tuan rumah bersorak bagi meraih kemenangan pertama pasukan mereka dalam Kumpulan B di kejohanan Piala AFF Suzuki ini.

Dengan kekalahan itu, Singapura kini menduduki tempat keempat antara lima pasukan dengan tiga mata selepas dua perlawanan.

Mereka akan menghadapi Timor Leste yang turut tewas 3-1 di tangan Indonesia, pada Rabu depan.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg