Topik diikuti
Pergi ke BHkuChina hampir pasti jadi tuan rumah
Ini selepas pesaing Korea Selatan tarik diri daripada proses jadi penganjur

May 17, 2019 | 5:30 AM
China hampir pasti jadi tuan rumah
CHINA bakal disahkan sebagai negara tuan rumah bagi kejohanan Piala Asia 2023 selepas Korea Selatan menarik diri daripada proses menganjurkan kejohanan itu.
Persatuan Bola Sepak Korea (KFA) telah memaklumkan perkara tersebut kepada Gabungan Bola Sepak Asia (AFC) mengenai hasrat mereka mahu menarik diri dalam satu surat yang dikirimkan Rabu lalu, sekali gus membuka peluang bagi China menjadi tuan rumah kejohanan itu buat kali kedua.